Friday, November 7, 2008

Tanya sama hati

Walaupun aku bukan kategori manusia yang mempunyai suara merdu tapi aku rasa tentu best kan kalau dapat nyanyi berduet lagu ni kan.. haha....

" Tanya sama hati, apa rasa sayang? Adakah tandanya nampak di pandang?..... Masa berjauhan apa yang di kenang?.... Bila difahamkan itulah sayang!! "



" Tanya sama hati, pernahkah merindu?? Ingat masa lena, apa mimpimu??.... Masa berjauhan apa yang di kenang?.... Bila difahamkan itulah sayang!! "

lagu Negeri Selangor

Mari kita sama-sama praktis nyanyi lagu negeri Selangor. hehekkk....

Mutiara Kata

Ermm, saya suka baca mutiara kata. Ia memberi makna yang begitu mendalam. Indah sungguh. Mutiara kata terkadang dapat membuatkan hati yang berduka menerima kenyataan, hati yang sedih cuba untuk gembira. Mutiara kata tak semestinya sesuatu yang terlalu sastera dan susah untuk difaham. kekadang, lirik lagu juga dapat menjadi mutiara kata yang indah dan penuh makna. Mutiara kata ada kuasanya sendiri dalam menyampaikan maksud yang tersirat. ermmm..

Kalau tak percaya kuasa mutiara kata, saya akan buktikan. Okay, sekiranya sekarang anda sedang bersedih, kecewa dan segala macam emosi yang tidak best, sila hayati apa yang saya tulis di bawah. Yang tulisan kaler pink tu merupakan mutiara kata yang saya search dr internet. Kaler biru pula explaination bodoh-bodoh saya.

" Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu dengan seseorang yang sangat beerti dan mendapati pada akhirnya tidak demikian adanya dan harus melepaskan ia pergi"

- Memangla akan rasa sedih bila kita rasa kita dah jumpa ’someone’ tetiba pada akhirnya dia bukan ’someone’ kita. So, kita harus lepaskan dia pergi, itu yang harus kita buat untuk buat hidup kita bahagia semula.

" Ketika satu pintu kebahagian tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita. "

- Hidup kita jadi bahagia bukan kerana cinta sesama manusia sahaja. Mungkin kita masih belum berjumpa dengan cinta sejati lagi tetapi cuba lihat di kanan anda, di kiri anda, apa yang anda ada. Bersyukurlah dengan apa yang disekeliling kita, orang disekeliling kita tentu lebih menyayangi kita. Cintakan ibubapa, cintakan kerjaya, cintakan ilmu, cintakan minat dan hobi kita. Itu juga pintu-pintu kebahagiaan yang lain, ia terbuka untuk kita cari. Yang lebih penting cintakan ALLAH lebih dari makhluk2 lain kerana ALLAH yang menciptakan cinta itu.

" Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang kita tidak inginkan. Dan ketika kita dapat apa yang kita inginkan, akhirnya kita dapat tahu yang apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia."

- So, sekarang kita kembali kepada ketentuan ALLAH. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita. Tak perlu terlalu sedih sekiranya kita tidak memperolehi sstu yang kita hajati. Yang kita rasa baik itu belum tentu lagi memang baik untuk kita.

" Doa memberi kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

- Doa, doa dan berdoalah. Hanya kepada ALLAH kita berserah dan kepadaNya jua kita meminta pertolongan. ALLAH akan memakbulkan setiap doa hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh meminta.

" Semoga kamu mendapat cukup kebahagian untuk membuat hidup kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan supaya kamu positif terhadap kehidupan."

- Hidup kita manusia ini tidak pernah sunyi dari cubaan hidup tapi pernahkan kita terfikir yang cubaan itu telah membuat kita menjadi lebih kuat dan berani. Semua orang pun ada masalah cuma masalah yang kita ada berbeza-beza.

" Akal itu mentari yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan. "

" Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar. "

" Yang berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang. "

- Lupakan apa yang berlaku yang menyakitkan kita, lupakan dia kerana dia bukanlah untuk kita lagi.

Tentang waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup kita beerti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah jalan menuju ke syurga.

So, sekarang dah rasa okay sikit??? hehekk.. ke lagi teruk emosi anda itu..hehekk. Itu masing-masingla kan, bagi saya, cara saya nak ubat kekecewaan adalah dengan membaca benda-banda yang macam ni. Ermm, saya akan rasa sedikit tenang lepas tuh…. =). Aku tak kata la, masalah akan hilang terus bila baca mutiara kata tapi sekurang2nya ia dapat membantuku dari segi emosi sedikit sebanyak.

Cinta Pandai Merdeka - Jinbara

Aku baru tau jer, lagu ni asalnya Tropika yang nyanyi kemudian Jinbara pulak(aku dah dengar kedua-dua versi kat youtube). Abang ipar aku le cakap. Ape pun, apabila lagu ini dinyanyikan oleh kawanku sendiri, tentu aku lebih suka lagu yang dinyanyilan oleh sahabatku yang satu itu berbanding Tropika ataupun Jinbara. Kerana aku menghargainya.....



Bila dengar sampai habis, ini lagu sedih rupenya yer??

Thursday, November 6, 2008

Hanya Kau Yang Mampu - Aizat

Akhirnya...

Setelah lebih kurang 6 bulan menanti, akhirnya aku mendapat jawapan. Sukar bagiku untuk menerimanya namun aku akur dengan segala yang telah ditetapkan olehNya. Mungkin itu adalah yang terbaik buatku.

Aku sentiasa bersyukur ke Hadrat Ilahi atas segala yang telah diberikan kepadaku. Mungkin aku harus menerima apa yang aku perolehi kini, walaupun ia bukanlah pilihanku sendiri. Apa salahnya andai kali ini aku tidak mendapat apa yang aku minta tetapi aku yakin ALLAH sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya.

Akhirnya....
Akhirnya aku mendapat jawapan dari segala persoalan yang bermain difikiranku sejak 6 bulan ini. Dalam tempoh ini, aku sering kali memikirkan dimanakan tempat postingku. Ya, kini aku telah tahu.

Aku akan memulakan khidmatku sebagai guru di SMK (l) Bukit Bintang, Petaling Jaya, Selangor.(CLICK HERE!!) Mula lapor diri pada hari isnin ini(10/11).

Selangor bukanlah negeri yang aku minta. Tetapi kenyataan yang harus aku terima adalah, aku perlu berada di sana untuk memulakan tugas.

Apa pun, aku perlu bersemangat... Gembirakanlah hatiku di sana.....Tolong doakan yang terbaik buat saya dalam menghadapi bebudak bandar yang bijak ini.. hehekk...

Thursday, September 25, 2008

Sesuci Lebaran

Kini kita berada di penghujungnya bulan mulia, bulan Ramadhan...
Penghujungnya juga hari persekolahan(esok mula cuti raya, horey!!!)...

Salam Lebaran...
Tak terlalu awal rasanya untuk aku bagi ucapan ini kan...

Thursday, September 11, 2008

katak oh katak.....

Jangan hampiri aku…
Jangan datang dekat dengan aku…
Pergi la jauh-jauh...
Aku tak pernah suka kamu…
(ditujukan khas buat si katak..Huhu..)
[macamla katak boleh membaca pulak yer!!]

Haiwan yang paling aku geli adalah katak… Diikuti oleh haiwan yang berbulu
(tikus, kucing dll). Geli tak sama dengan takut kan. Kalau takut, aku takut ular sebab boleh mematuk, takut harimau sebab boleh mengigit…

Kenapa aku menulis pasal katak??

Aku ada banyak ‘pengalaman’ dengan makluk Allah ini( si katak). Kerna itu aku jadi sangat GELI dengan si katak ini…

Tahu tak, semalam ada 2 ekor katak dalam bilik aku.. Huhu.. Aku dok tunggu bapak aku pulang dari masjid jer( p terawih) sebab nak mintak tolong dia buang jab katak2 nih…

Aku tak faham betul, apsal katak suka masuk bilik aku ntah.. Bilik orang lain dia tak masuk pulak. [(Fakta: bilik aku kat hujung). Mungkin dekat dengan tempat tinggal dia kot.huhu]
Katak-katak ni pilih orang yang geli kat dia kot(lagi aku geli, lagi dia suka datang).

[Tukar tajuk jab…]

Kak Ipaq aku geli dengan lipas. Nak dijadikan crita, banyak lipas suka masuk bilik dia. Tu laa, betul la aku kata tadi. Lagi kita geli, lagi suka haiwan tu datang cari orang tuh.. hehe..

[Masuk tajuk katak balik….]

Sebelum-sebelum ni pun katak memang kerap masuk bilik aku lah… Sampaikan abang aku kata, tu Putera katak kot. Yela tu, ingat fairytale ke.. hehe

Nak stop kat sini jer, taknak lah tulis panjang-panjang pasal katak. Bukan apa, nanti aku dok terbayang katak semalam, bertambah geli la aku.

Tata

Wednesday, September 10, 2008

Takde Elektrik

Malam itu, aku dalam kegelapan..aku sendirian.. keseorangan.. dan kesunyian…

Aku yang sedang menghadap laptop di atas katil terkejut dek kuatnya guruh di luar rumah. Serentak dengan itu lampu terpadam dengan sendirinya.

Laptop dengan kuasa bateri masih bernyala. Aku hanya mengharapkan cahaya dari laptop ku itu… Jam di laptopku menunjukkan pukul 9 lbh(malam)..

Blackout!!!
(Blackout = when there is no light or power bcoz of an electricity failure).

Waktu nak bangun sahur pun tetap takde elektrik lagi. Aku sambung tidur jer, tak nak lah makan gelap-gelap(aku minum air jer). Huhu..

Dalam pukul 5.40 pagi camtu, ada letrik jab. Jadi, sempatla aku nak iron baju jab..

Bila aku balik dari sekolah dalam pukul 2.40 petang, letrik takde balik. Huhu.. Ada problem dengan power utama mungkin.

Sampai nak buka puasa pun still takde letrik lagi. Jadi, terpaksalah berbuka puasa ala-ala candlelit dinner gitu. Bezanya, candlelit dinner 2 orang jer tapi kami bertiga.

Agak-agak dah siap berbuka(+ 8.40 mlm), lampu terpasang semula(dah ada letrik semula)…horey!!... Ok laaa…

Ketenangan...

[Entry ini ditulis pada hari kelmarin tapi hari ni baru ada kesempatan untuk aku posting kan ia]

Mereka-mereka itu kelihatan tekun jer menjawab soalan di meja. Ada yang tunduk jer muka tak panggung-panggung. Ada yang macam dok berfikir panjang jer(ala-ala termenung gitu) tak tulis-tulis. Ada yang dok belek jer soalan dari satu muka ke muka yang lain(dok fikir nak buat yg mana dulu kot). Ada yang asyik dok tengok ke luar pintu jer(cari idea kot). Ada yang macam nak tidur jer(stail dia kot).

Apa pun cara mereka. Apa pun tindakan mereka. Dan apa pun jua aksi mereka kini…. Mereka semua sedang menjalankan tugas yang sama iaitu sedang menjawab soalan trial SPM(hari ni paper BI).

Teringat aku di zaman dahulu kala(cam lama sgt la pulak), di waktu persekolahan aku. Aku bersekolah menengah dan rendah dekat rumah jer, tak boleh dok asrama(homesick kot, wakakahhh..huhu).

Bila nak p jawab exam besar(UPSR,PMR, SPM) jer, aku ingat lagi, bapak aku suka sentuh kepala aku sambil mulutnya membacakan sesuatu(ayat Quran), nak aku tenang ketika jawab exam mungkin(thanks abah). Dihembus-hembus apa yang dibacanya ke ubun-ubun kepalaku…

Aku sedang membicarakan soal ketenangan, harap aku tak lari dari tajuk sebenar. Ketenangan semasa menjawab exam sangat penting.

Ingin aku bercerita tentang pengalaman sendiri yang tidak tenang ketika menjawab exam…
Tersebutlah kisah ku yang berlaku pada semester pertama tahun akhir di USM.

Badan aku tak berapa sihat pada ketika itu(sedikit selsema). Namun, aku tetap berjaga hingga hampir pukul 2 pagi untuk menghafal rumus-rumus(formula ptg) subjek fizik(keelektrikan dan kemagnetan)[agak susah pada aku plus kurang minat!].

Disebabkan keesokkan pagi nya aku periksa waktu pagi(pukul 9 pagi), aku berusaha untuk tidur awal.

Namun, mata aku tak boleh nak lelap disebabkan hidung aku yang agak tersumbat(selsema). Aku tengok jam hampir pukul 5 pagi. Aku mesej mak aku suruh dia tolong kejutkan aku(mintak tlg mak kol aku laa esok pagi), aku juga ada mesej k.cik mintak tolong perkara yang sama.[bimbang tak terjaga keesokan paginya].

Kebimbangan aku menjadi kenyataan. Aku terjaga pukul 9.15 pagi!!!...

Bukan salah siapa-siapa… Ia cuma salahku sendiri aje!.. Mak aku dah called banyak kali, k.cik juga. Nad pun called aku ajak pergi exam skali tapi aku yang tak jaga. Huhu. Tak ramai member aku di blok aku tinggal yang ambil paper tuh, yang aku ingat Nad jer ambil skali.

Bila aku tengok jam dah pukul 9.15pagi. Nak nangis jer aku tika itu. Najmah(arwah Najmah) yang sedang tidur di katil sebelah terjaga sebab aku mengomel sendirian(aku mmg nak dia jaga pun sebab aku nak cakap dengan seseorang untuk hilang rasa takut aku). Bila dia dah sedar, aku cakap ngan dia.

Aku: Akak dah lewat ni, exam pukul 9 pagi. Macam mana ni??. Dia cakap pergi juga laa(dan aku memang nak pergi juga pun).

Aku cuci muka, tukar baju(tak kan nak pakai baju tidur, ye tak??) dan pakai tudung. Tidak sempat nak mandi pun, tak kisah lagi soal penampilan, EXAm lebih penting!!!

Dari tingkat 5,(hostel aku) aku turun lif… lari ke flyover… lari lagi ke dewan exam… Sampai dewan exam pukul 9.30 lebih. Jumpa dengan lecturer yang jaga exam tika tuh, cakap aku lambat. Alhamdullilah aku dapat ambik exam juga wpn dah lewat setengah jam lebih.

Penat bukan kepalang. Yelah.. Aku kan lari pecut tadi(kalau aku lari kat trek tentu aku dah jadi juara tau!). Dah la tak mandi, memang tak selesa sangat laa.

Tangan aku menggeletar. Gelabah aku sebab kelewatan aku. Aku jadi tidak tenang.

Aku cuba tenangkan diri. Baca(ayat Quran) apa aje yang aku tahu. Kemudian genggam tangan di sisi kerusi untuk dapat effect ketenangan yang lebih(pernah dapat petua ni). Ya, aku agak tenang lepas tuh.

Aku cuba jawab. Jawab soalan objectif dulu sebab kertas ni kena hantar dulu. Soalan pertama aku buat tak dapat jawapan… try buat soalan kedua pulak tapi tak dapat jawapan juga… buat pula soalan ketiga still tak dapat jawapan…. Aku??? Aku jadi takut, tak tenang dan seram sejuk sebab semua soalan yang aku buat tak dapat jawapan.

Tadi aku dah tenang sket tapi sekarang jadi tak tenang kerna banyak soalan yang aku buat tak dapat jawapan.

Dipendekkan crita, aku hanya memberi tumpuan yang lebih pada kertas 2(subjektif) kerana kertas 1(objektif) aku tak dapat buat dengan baik(banyak hentam).

Keputusannya sangat teruk laa. Gred paling teruk yang pernah aku dapat tika study di USM. Ape pun… Bersyukur sebab aku masih terjaga(wpn agak lewat), masih bersyukur sebab lecturer still benarkan aku ambik exam wpn dah lambat lbh setengah jam. Bersyukur juga sb tak fail, ye tak??

Kesannya andai aku gagal paper ni atau tak dapat ambil exam ni??

- Aku mungkin kena extend.( aku mungkin boleh ambil KSCP tapi mcm mana kalau tak ditawarkan pada cuti sem tuh??)
Alasan:
Semester seterusnya aku kena buat latihan mengajar(praktikal), jadi.. memang takde masa lagi untuk aku mengulang paper nih…

Jadi.. sekarang tentu dah faham kan kenapa aku sangat takut bila aku sedar yang aku dah lambat bangun pagi tuh??!!

So, inilah kenangan yang paling ‘ngeri’ bagi aku sepanjang di USM. Huhu.……

Sampai kiamat pun pendapat aku tetap sama iaitu, nak jawab exam syaratnya adalah… diri harus bertenang dulu. Andai tak dapat ketenangan, apa-apa yang dibaca pun tentu sukar untuk diingati. (Aku sokong apa yang ditulis dalam blog teratak damai dalam UPSR, dia ada sebut pasal tenang)

Anak buah aku(abg Amru) sedang berperang menjawab exam UPSR. Harap-harap dia dapat kekalkan apa yang dia pernah dapat sebelum ni. Amin…

Good luck buat adik-adik yang ambil exam UPSR di luar sana…

Selamat maju jaya buat pelajar-pelajar tingkatan 5 yang sedang buat trial SPM… Jawab la bebaik, jgn main-main…

Tuesday, September 2, 2008

Guru sementara I

Ini merupakan minggu kedua ku di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Ermm, apa pula yang akan berlaku apa minggu ini aku pun tidak tahu lagi, mungkin bulan puasa ni pelajar-pelajar kat sini kekurangan bateri dan tidak nakal-nakal dalam kelas.. huh…

Teringat aku pada minggu pertamaku di sini… Okey, lupa nak cakap, sebenarnya aku jadi guru ganti jer kat sini. Mungkin dalam 2 bulan je aku kat sini. Aku mengambil alih tempat Kak Hafizah yang mengajar additional mathematics form 4 and mathematics form 5…

Aku dapat 4 kelas, 4T1, 4T6, 5T4 dan 5K1(T=teknik; K=kimpalan). 18 waktu je dalam 1 minggu. Tak macam bila aku buat praktikal dulu, jadual cikgu-cikgu kat sana sangat padat, susah nak jumpa cikgu-cikgu dalam bilik guru. Kalau dulu, cikgu math pun kdg2 kena ajar PJK dan sebagainya. Huh.. (sori, I compared with other school). Jadi, kena kata Alhamdullilah la sebab tak berat aku.. hehe..

Minggu lepas, kelas pertama yang aku masuk adalah kelas 4T1, ini kelas yang baik sebenarnya, agak senang nak kawal kelas ni memandangkan pelajarnya tak ramai, 20 orang jer. Aku dah warning yang aku tak suka ada yang bercakap ketika aku mengajar. Aku hafal nama diorang, ada yang aku dah ingat memandangkan ada yg sama cam nama member2 aku, Afif, Hidayat, Hafiz, Adam…..

Kelas 5K1 pulak ramai sangat la pulak. Dah la besar-besar plak tuh. Kebetulan kelas yang aku msuk tu kelas selepas rehat. Ada yang masuk lambat. 4 orang. Aku kat depan, diorang masuk terus jer ke tempat duduk, takde adap langsung, yelah.. kot-kot la nak kata, ‘cikgu, maaf lambat ke’. Ini tak !!..

Aku pun panggil keempat-empat mereka datang ke depan… Sesi soal jawab pun bermula:
Aku : Kenapa lambat?.
Pelajar: Masuk toilet cikgu, sakit perut..
Aku : Keempat-empat sakit perut?
Pelajar : (sambil pegang perut) Ya cikgu, kami kena beratur, ramai dalam toilet.
Aku : Alasan!! (sori, aku tak terima sebarang alasan)
Aku : Saya nak tanya kamu, kamu bersalah tak kerana masuk kelas lambat??
Pelajar : Bersalah, cikgu…
Aku : Kalau kamu bersalah, kalau saya denda kamu, kamu marah tak??
Pelajar : Kami tak marah, cikgu.
Aku : Kamu yang cakap tak marah kan jadi sekarang saya nak denda kamu. Saya nak kamu nanyi lagu sekolah.
Pelajar : (mereka pun nyanyi dengan malu-maluĂ  nak nyanyi pun ambil masa lebih 15 minit, huh..[rugi masa])
Aku : Saya tak suka ada yang masuk lambat dalam kelas saya, lepas ni jangan ada yang masuk lambat lagi..
(Aku tak sempat ajar pape pun hari tu sb sibuk mendenda plus kelas 1 period je)

Kedengaran sayup-sayup suara sorang pelajar, ‘cikgu, jangan la serius sangat’. Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Dalam hatiku berbicara, bila aku serius pun, ada yang suka-suka hati masuk lambat dan suka cakap banyak, kalau aku tak serius, bukan setakat masuk lambat, ntah-ntah tak masuk kelas terus.…

Loceng kemudian berbunyi tanda waktu kelas math sudah tamat, aku mengemas barang-barangku dan bersedia untuk keluar. Sebelum keluar aku tandatangan di dalam diari kelas di meja ketua tingkatan. Ketua tingkatan berkata, ‘maaf cikgu sebab kelas ni mmg mcm ni’. Aku jadi sejuk perut dek kata-kata ketus tingkatan itu…

Kelas 5T4 pulak. Selepas aku introduces diri dan berkenalan dengan mereka, hafal-hafal nama diorang sket, aku bagi drilling exercises, topic sets. Selepas diorang habis jawab, kita pun discuss.

Waktu discussion tu, aku dengar ada sorang pelajar menyanyi. (Alahai, menyanyi pulak dalam kelas aku!! – Hepi sangat ke dia). Aku suruh budak tu bangun, aku tanya dia menyanyi ke tadi. Dia tak mengaku. Tapi aku yakin memang dia buat bising tadi(nyanyi). Aku suruh dia bangun dan nyanyi kuat-kuat. Dia malu. Aku bagi 2 pilihan kat dia, sama ada nak nyanyi atau nak jawab saolan aku kat white board di depan. Dia pilih nak jawab soalan. Jadi, selesai satu masalah…

Kelas 4T6 merupakan kelas yang aku pegang(aku jadi guru tingkatan kelas nih). Budak-budak nakal. Aku belum start mengajar lagi sebab sekarang diorang skg kena jawab diagnostic test.

Sebab kenakalan mereka, aku dah warning yang sape-sape tak dengar cakap aku, aku akan report kat guru disiplin, Cikgu Munir(yg mereka kenali sbg malaikat maut). Macam biasa, aku try hafal nama mereka.

Boleh aku kat depan diorang berjalan-jalan kat tempat kawan depa. Huh. Geram tol!.. Bila marah memang tak makan saman la. Kena pkai psikologi kot ngan budak2 ni.

Dok tengah diorang jawab test, aku dengar sorang pelajar menyanyi.. LAGI!!.. Menyanyi!!. Apsal suka nyanyi dalam kelas aku ni, tak faham aku!!...

Aku tanya dia, ‘saya suruh jawab test kan, apsal menyanyi??’ (Dia jawab apa ntah, dah lupa). Aku suruh dia nyanyi waktu tu gak.. Nak tahu apa berlaku?? Dia nyanyi betul-betul laa… Memang tak de rasa malu betul la budak ni. Aku tahu, dia nak uji aku la tuh.. takpe takpe…

Dia nyanyi lagu ni, dia ubah sket dari lagu asal…

“ Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu,
Tepuk adik pandai,
Emak upah susu,
Susu lemak manis, dia ubah jadi.............. cikgu sangat manis
Santan kelapa muda, dia ubah jadi........... saya sangat suka

Ada lagi dia reka lagu tu, aku dah tak ingat… Pastu aku suruh dia stop jer nyanyi….
Aku : Dalam kelas ni ada satu ‘radio buruk’, so, lepas ni sape-sape yang nak dengar lagu lagi, kita boleh suruh ‘radio buruk’ tu nyanyi lagi…

Tugasku sebagai guru tingkatan masih baru bagiku.. tetiba ada parent nak jumpa sebab nak check kedatangan anak dia. Nasibla aku kenal juga anak dia tuh, dapatla beri sedikit komen.. huh…

Kesimpulannya, berbeza betul pelajar lelaki n perempuan ni. Kalau pelajar perempuan kat sini jadi tenggelam dek ramainya pelajar lelaki. Sejujurnya, aku lebih mudah ingat nama pelajar lelaki memandangkan mereka kelihatan lebih menonjol.

Friday, August 22, 2008

Balik Merbok...

Aku dah bersiap-siap nak balik Merbok setelah 4 hari 3 malam di rumah kakak kat Pengkalan Hulu ini...

Ermm, esok ada kenduri kat Perlis. Kawan baik aku merangkap ex-roommate aku di tahun 1 dan 2 kat USM... Hadiah dah aku beli hari tu kat pesta konvo kat usm, beli ala-ala kadar je la, setakat termampu dan ia sebagai tanda ingatanku padanya...

Family aku pun nak pergi juga, yelah, aku memang rapat dengan Lia, dia dah pernah datang rumah aku beberapa kali...

Yang bestnya, esok bukan Lia sorang je nak kahwin, kedua-dua adiknya pun sekali. Dan ia menjadikan 3 pasangan pengantin esok. Mesti meriah, cam best jer, ye tak??

Kepada Lia;
Semoga berbahagia selalu ku ucapkan...
Semoga ikatan yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat...
Ermm, cepat-cepatla dapat baby.. hehe.. Leh jadi mama angkat.. Ahaks...

Ex-roommate(tahun 1 dan 2) aku yang sorang ni tentunya sedang berbahagia... Ex-roommate(tahun 3 dan 4) aku yang sorang lagi sudah tiada lagi di dunia ini.

Sedekahkan al-fatihah kepada Najmah wahai kawan-kawan yang membaca ini..
Doakan kebahagiaan Lia yang ingin memasuki alam baru(alam perkahwinan)

Amin...

Thursday, August 21, 2008

Promote my blog.. =)

Nak dengar radio?..
Nak chatting?..

CARANYA MUDAH:
Selalulah berkunjung ke blog saya...... ahaks.. hehe

Anda boleh memilih 5 channel radio yang anda suka(bermula dari kiri 'bulat kecil' kat bawah box radio).....
i) HOT fm
ii) Fly fm
iii) Muzik fm
iv) Suria fm
v) Traxx fm dan...Semuanya best-best blaka, rugi tak dengar!!.Haha

Nak tinggalkan pesanan untuk saya??
Anda juga boleh tinggalkan mesej untuk saya, caranya mudah....
Anda hanya perlu taip nama serta mesej yang ingin anda katakan di box chatting, kemudian click go, dengan serta merta, mesej anda dapat diterima oleh saya. Dan jika saya juga online pada ketika itu, Insya-Allah dengan segera saya membalasnya.....

Enjet-enjet semut

Wednesday, August 20, 2008

Ketentuan Ilahi..


Sekarang jam di dinding menunjukkan pukul 8.47pagi. Segalanya nampak biasa hari ini tapi ada satu yang berbeza...

Fikiran aku masih teringat pada seseorang. Sukar untuk aku percaya apa yang aku dengar semalam tetapi itulah yang diperkatakan oleh ramai kenalanku...

Bekas teman sebilik aku (ex-roommate) yang juga merupakan junior aku di Usm tiada lagi di dunia ini. Aku tidak menyangka dan langsung tidak terduga tetapi itulah ketentuan Ilahi. Hidup mati kita Allah yang tentukan.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya kerana semalam mayatnya masih sedang dicari di Teluk Bahang.

Dia gadis yang cantik dan aktif dan baru berumur 21tahun...

Apa yang aku mampu buat, aku hanya mampu berdoa...... Al-fatihah


(ini aku ambil dari Kosmo online)
Tunang hilang jetski terbalik

PASUKAN penyelamat berusaha mengesan Najmah yang dikhuatiri lemas di Pantai Kem Pengakap, Pulau Pinang semalam.

PULAU PINANG - Percutian sebuah keluarga di Pantai Kem Pengakap di Teluk Bahang dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semalam.

Mangsa, seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) terjatuh ke laut selepas jet ski yang dinaiki ber sama tunangnya terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah ha ri itu.

Najmah Nor Ismail (gambar kecil), 21, yang berasal dari Kajang, Selangor adalah penuntut tahun akhir jurusan Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan di USM.

Ketika kejadian, mangsa bersama keluarga tunangnya, Mohd. Zulkhairy Haris, 27, menginap di sebuah banglo di tepi pantai itu sejak kelmarin selepas mereka tiba dari Kajang sempena cuti sekolah.

Menurut seorang ahli keluarga Zulkhairy, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

"Ketika itu, jet ski itu ditunggang Zul khairy manakala mangsa dan adik Zulkhairy, Puteri Shamil Nabila Haris, 10, berada di belakang sebelum terbalik.

"Zulkhairy sempat memeluk Puteri Shamil manakala Najmah terus tenggelam," katanya.

Difahamkan, Najmah baru bertunang pada Mei lalu dengan Zulkhairy yang bertugas sebagai pensyarah.
Aku masih berharap agar Najmah dapat ditemui dalam keadaan yang selamat...

Tuesday, August 19, 2008

Lata mengkuang


Hari ni aku bersama kakak, abang ipar serta 2 orang anak sedara pergi Lata mengkuang. Anak-anak sedara aku jer mandi, kami-kami ni ambik gambar je. Di sini ada 3 gambar yang aku dapat kongsi dengan korang sume.....

She's my beloved sister, Najihah.....

Air cetek je, tapi okay la, at least, kami rasa tak bahaya sangat untuk bebudak ni mandi.. Itu Saqif yang suka bercakap dan Anis yang suka banyak bertanya..hehe


Monday, August 18, 2008

hepi convocation to myself.. hehe

Posing tidak kira di mana tempat.. kat tanah pun boleh lahh.. asal tak kotor, ye tak?.. Satu hari sebelum konvo aku.. Saje nak cuba try test pakai jubah...

Nak ambik gambar kat sini pun kena tunggu turn.. Abang ipaq aku edit sket gambar nie.. thx abg bad
My parents... my heart... my inspiration... thx mak abah, segulung ijazah hadiah buat mak abah(tgk.. abah yg pegang tuh).. =)

suke gambar nie..... Family aku datang memberi sokongan... thx.. =)
Masa ni aku baru je keluar dewan... tengok gaya 'anak-anak' aku tuh!!.. Diorang yg hepi lebih, ye tak?? K.anim sarat mengandung tuh tapi still dtg beri sokongan, thx..
hadiah untuk mak su yer??... tq
Pertama sekali nak kata, alhamdullilah... bersyukurku ke hadrat Ilahi...
Keduanya, nak ucap trime kasih buat mak abah. Sokongan moral, kewangan, masa, tenaga dan pelbagai bentuk jasa pengorbanan dari mereka buatku yg tidak pernah meminta balasan.. Terima kasih mak abah...
Ucapan trima kasih juga aku kalungkan buat keluarga aku, kakak-kakak, abang-abang, ipar duai yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadaku.. Terima kasih semua...
- Trima kasih Abg Cop, abg Bad dan kak shidah sebab tolong ambik gambar ye..
Terima kasih juga buat kawan-kawan semua...
Aku juga upload gmbr kat friendster, bolehla kalau nak tgk...

Tuesday, August 12, 2008

You Are My Sunshine

You Are My Sunshine
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away
The other night, dear,
As I lay sleeping
I dreamed I held you in my arms.
When I awoke, dear,
I was mistaken
And I hung my head and cried.

[A song for kids]

Volkswagen


11 ogos 2008, 5.00ptg.

Aku baru balik dari USM mengambil jubah serta selesaikan beberapa perkara. Aku pergi dengan K.cik(kawan sekampung, se’sekolah, se’matrik, dan se’U’) naik kereta volkwagen. Sebenarnya, ni first time la aku drive sendiri ke USM, selalunya aku naik motor je @ naik bas @ abah hantar @ tumpang k.cik kalau nak ke USM.

Kali ni aku nak kata, para pemandu hari ini begitu ramah sekali di jalan raya…hehekk. Kenapa aku cakap macam ni?? Hehe.. Tersebutla kisah……

Aku mencari-cari lorong ‘touch n go’, ku masuk lorong yang betul… Aku melekapkan kad di tempatnya, palang itu pun terangkat memberi laluan kepada kereta yang ku pandu itu. Ku dengar suara 2 orang lelaki menegurku, ‘ hai kak, cantik kereta kak’, ku mengukir senyuman dan membawa kereta terus menuju ke jambatan.

Jambatan hari ini tidak berapa lancar, mungkin juga disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian yang giat dijalankan itu.. Aku tetap sabar memandu wpn hanya menggunakan gear 1, memang sangat perlahan. Aku lebih memilih untuk memandu di lorong kiri. Sampai di hujung jambatan, kereta agak dapat berjalan dengan lancar. Sebuah kereta Waja di lorong kanan membunyikan hon ke arahku.. pon pon pon….

Terkejut aku dibuatnya sehingga terangkat bahu ku... Aku tidak melakukan sebarang kesalahan, kenapa dia membunyikan hon kepadaku, aku mula terfikir2 di dalam hati. Sekali lagi dia membunyikan hon, aku melihatnya, dia mengetuk2 dahi dikepala dengan tangannya, mugkin dia rasa bersalah kerna telah membuatkan aku rasa terkejut, aku hanya tersenyum melihat tindakannya.

Kemudian dia membunyikan hon untuk ketiga kalinya dan menunjukkan ‘tangan best’. Ooo… baru kini ku faham, dia ingin ‘menegur’ kereta ini barangkali… Aku dan kak cik mula ketawa besar dan kak cik berkata, ‘’femes’nya naik kereta ni’…. Dan… kami terus ketawa dengan pelbagai gelagat pengguna jalan raya.

Selesai segala urusan di sana dan berjumpa kawan-kawan, aku terus pulang. Wah, ramai juga sahabat handalku yang ingin menukar status dari anak dara ke status isteri orang, ku ucapkan tahniah dan moga berbahagia selalu hendaknya.

Sebenarnya balik tu pun ada lagi bebenda yang berlaku, tapi cukup lah setakat ini aku bercerita tentang volkwagen.

Perumpamaan yang aku dapat fikir sesuai tentang cerita aku ini, macam ni… aku rasa laa.. Andaikan dalam satu majlis, semua tetamunya memakai baju kurung, tetapi aku sorang je yang pakai seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek. Apa reaksi orang lain ketika itu?? Tentulah mereka semua akan memandang aku dengan semacam peliknya kan kan(kerna aku berbeza dari mereka)……
Boleh tak kalau aku cakap perumpamaan ini sama macam bila aku naik kereta ini. Alasan aku?? Kereta volkwagen ni jarang juga nak tengok perempuan yang bawa, Betul?? Lagi?? Jarang juga kita tengok ia berada di jalan raya. Betul?? Anda boleh betulkan saya andai anda tidak setuju dengan pendapat saya…

Tukar tajuk……hehe
Habis cerita kereta, aku nak cerita pula pasal dapur… Tersebutlah kisahhhhhhh….

Abah terasa nak makan cucur pisang petang tadi, aku pun gorengkanlah untuknya. Dipendekkan crita…. Semasa nak angkat cucur pisang ini dari kuali ke pinggan(api masih bernyala).. entah bagaimana ia berlaku, api menyambar kain di sebelah dapur itu. Api bernyala agak kuat(bakar kain itu), aku tak boleh alihkan kain tu sebab melekat kat dapur….

Takut aku jadinya.. Tindakan pantas aku. “Mak.. tolong…api... ada api mak”.. Sepantas kilat juga aku membuang kepala gas. Bukan apa, kalau api sambar gas tu pulak, meletup laa. Lepas tu, aku ambil tudung periuk kipas2 api tu(dengan harapan ia akan padam).. Tapi, api agak kuat juga, tak boleh padam hanya dengan angin.

Mak aku sampai je dapur terus simbah air kat api tu dan api pun terpadam... Aku tak nak guna air tadi sebab kotor dapur nanti tapi nampaknya cara ni lah paling berkesan pun…….Alhamdullilah takde apa yang berlaku kat mak dan aku, Melecur pun tidak. Dalam story ni, mak la superwoman aku, ye tak?? Penyelamatku di kala bahaya..hehe

Jadi, bahaya juga yer duduk kat dapur ni. Jadi, lelaki harus berterima kasih kepada kaum perempuan yang sentiasa berada di dapur. Terutama yang dah berumahtangga laa. Kaum perempuan boleh terdedah dengan bahaya di dapur tau. So, puji-pujilah masakan isteri anda wpn pun tak berapa sedap, sekurang2nya hilang penatnya memasak di dapur yang ‘penuh bahaya’ itu…hehekkk

Hari-hariku agak mencabar wpn hanya berada di rumah….. hahahaaaaa… =)

Gerhana matahari dan bulan

Pada 1 ogos bersamaan 29 Rejab berlaku gerhana matahari. Ia berlaku mulai jam 5.16ptg.
Pada 17 Ogos bersamaan 15 Shaaban akan berlaku gerhana bulan mulai jam 3.35 pagi berakhir jam 6.44 pagi.
Berlaku 2 gerhana pada bulan yang sama (Ogos)
Sebenarnya ada tulis kat dalam takwim, aku pun tak perasan sebelum ni sehinggalah bapak aku yang cakap.
Bila aku tengok sendiri, betullah… ada kat dalam takwim tu, siap boh kaler merah lagi. Tapi aku tak sure la korang punyer takwin kat umah tu camner kan, yang aku crita ni, takwim kat umah aku laa.

Gerhana matahari dan bulan adalah tanda kekuasaan Allah, Subhanallah.

Ezora

Ezora adalah drama bersiri di TV3 yang ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 6.30-7.30 petang.

Sebelum aku cakap benda yang aku nak cakap ni, aku bagitau dulu sinopsis crite ni untuk memudahkan anda memahaminya.

Synopsis :
Ezora dan Reza telah lama bercinta dan berjanji untuk berkahwin. Mereka hidup susah dan tinggal di Kampung serta menghadapi masalah kewangan. Kemudian, Reza berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Namun begitu, Reza bertemu Leeya yang kaya. Dipendekkan cerita….. Reza kahwin dengan Ezora(Ezora cari Reza kat KL). Dipendekkan cerita…. Reza kahwin pula dengan Leeya. Ezora dapat tahu dan mereka berpisah…. Dan… cerita bersambung dgn pelbagai krisis yang tak sudah………..

Dalam satu episode yang aku ingat………….
Babak antara Ezora dan Reza, Reza nak Ezora kembali kepada dia semula selepas dia dah ceraikan Leeya.

Reza pun pulun la pujuk Ezora balik kat sisi dia semula, macam2 la cakap pastu Ezora balas ni…

(I) Ezora : Saya bukan lelaki macam awak Reza. Yang mampu mencintai perempuan lebih dari seorang. Saya seorang perempuan yang hanya mampu mencintai seorang lelaki sahaja….

Ada rasa cam ada yang tak kena dengan apa yang Ezora cakap ni tak??..hehe…

Kalau aku ubah sket skrip ni boleh??? (jgn marah ye!)..hehekk.

(II) Ezora : Saya bukan seperti awak Reza, awak mungkin dapat mencintai perempuan lebih dari seorang tetapi…..bla bla bla…..

Anda lebih memilih skrip I atau II???? Kenapa???

Kalau suruh aku pilih, tentu la aku nak II sebab aku yang ubah balik skrip asal.. hehekk. Bukan sebab tu laa, Ezora tu mestila perempuan kan. Jadi, apsal dia kata, ‘saya bukan lelaki macam awak Reza’ ( memangnya dia juga lelaki ker??..he2) , kalau dia cakap macam tu, aku faham yang Ezora ni pun seorang lelaki laa.. Ye tak?? Stuju ngan aku tak?? [tak stuju pun xpelah, aku merajuklaa..huhu].

Tak kira… tak kira… nak bagi hampa setuju ngan aku jugak..hehekk…
Aku bagi contoh lain yang punya maksud sama.

CONTOH :
[ andaikan seorang lelaki yang cakap ni]
Ali : Aku bukan perempuan macam hang yang mengada-ngada lebih.

MAKSUD : Ali tidak seperti seorang perempuan seperti kawannya yang suka mengada-ngada.

PENJELASAN : ‘ aku bukan perempuan macam hang’ = aku perempuan tetapi perempuan yang tidak sama seperti kamu. Hakikatnya, Ali kan seorang lelaki kan. Jadi, aku rasa ada percanggahan kat sini…kerna itu aku rasa ia tak sesuai..

Sekarang anda setuju ngan aku tak??? Tak stuju lagi?? Tak pe lah… kita mungkin mempunyai pendapat yang berbeza..ye tak??

Post kali ni, aku nak cakap pasal ni je…
Kesimpulannya, kalau skrip kat TV yang aku rasa cam tak sesuai sket, aku kadang2 dapat kesan. Hakikatnya skrip sebenar aku(percakapan harian aku) sendiri, aku tak dapat kenal pasti… mungkin aku dah tersalah cakap, aku sendiri tak sedar…. Mungkin aku dah cakap sesuatu yang tak sepatutnya, aku tak perasan.. … mungkin ayat yang aku cakap tak sesuai juga… dan semua itu mungkin kerna kelemahan yang ada padaku…. ( muhasabah diri)

Aku mengalu-alukan pendapat anda diluar sana jika ingin membetulkan apa yang aku tulis ini… =)

Loghat kedah yang aku guna:
Pulun = bersungguh-sungguh
Hampa(bukan bermaksud kecewa) = kamu semua

Bicara soal cinta part 2


Post ini saya dedikasikan khas kepada sorang kawan saya yang tinggal di Baling(bekerja di Pengkalan Hulu dan berasal dari Langkawi) sebab dia yang tanya soalan ni…. Dia tanya, apa makna cinta? Dan apa beza umur 18 dan 23 tahun. Ini mungkin respon dari dia setelah baca post aku yang lepas.
(Ape ni sekejab ‘saya’ sekejab ‘aku’ ni, saya pakai ‘aku’ ye sebab lebih selesa bila tulis dalam blog)

Aku tulis ni berdasarkan pemikiran aku semata-mata, jadi sebarang ketidaksamaan pendapat kita, harap dimaafi. Aku cakap siap-siap ni, jadi, nanti jangan datang bawa parang serang aku sebab marah aku tulis fakta salah..hehekk.

Kalau orang tanya aku spontan je makna cinta, aku jawab la love is mystery, ada orang cakap love is misery kot(dia frust kot).... apa-apa aje laah..

Cinta adalah perasaan yang terlalu dalam dan susah untuk diperolehi. Keliru antara cinta dan sayang??. sayang lebih ringkas tetapi cinta lebih kompleks. Maka, sayang adalah sebahagian dari cinta. Bahasa matematik, kita sebut, sayang adalah subset kepada cinta. Jadi, perlu ada rasa sayang sebelum nak bercinta.

HAMKA kata, ‘cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis tali sedan tapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan’. Wah, puitisnya kata-kata dia.

Dalam buku psikologi cinta ada sebut…..‘cinta yang didambakan adalah cinta yang merangsang perasaan, cinta yang menaikkan semangat perjuangan dan cinta yang memberi makna dalam kehidupan’. Ya, saya sangat setuju!! =)

Apa beza umur 18 tahun dan 23 tahun ke atas?

Okay, cuba ingat balik waktu kita berumur 18 tahun, kat mana kita?? Kebanyakan orang waktu tu mula keluar rumah, study ke kerja ke.. Ye tak?? Betul kan. Kan dah habis SPM. Kita mula bertemu ramai orang. Cinta mungkin boleh berputik ketika itu.

Bila bercinta niatnya memangla nak kawen(kalau tak niat macam ni kita mungkin boleh terpesong dari landasan yang betul, ye tak??). Kalau kita bercinta pun waktu tuh, ada ka orang nak tanya kita, bila nak kawen nih?? Mesti takde punyalah, yelah, baru study, sapa nak bagi kawen kan..

Tapi, malangnya.. bercinta tak semestinya berkekalan. Banyak faktor ni, mungkin dah bertukar tempat belajar, dah bertukar tempat kerja, mak bapak tak kasi bercintan muda2 dan sebagainya. [ yang betulnya takde jodoh, ye tak?? ]

Okay, umur 23 tahun ke atas pulak…. selalunya kebanyakkan orang dah habis study. Kalau yang ambil medic tu belum laa kot. Yang aku cakap ni kebanyakkan orang laa. So, apa berlaku ketika ini?? Ya ampun, orang asyik tanya bila nak kawen jer, betul tak?.

Kalau dia tak tanya direct pun dia akan tanya indirect laaa, CONTOH: ‘oo lepas ni tak lama boleh la nak makan nasi minyak’ ATAU, ‘tunggu apa lagi ni, belajar dah habis’… Kalau tak pun, datangla orang2 yang dihormati sekalian membawa hajat besar, ingin menyunting bunga di taman. Ambil la bunga mana yang nak, mak aku tanam banyak pokok bunga tau….hehe

Kesimpulan yang aku ingin katakan di sini adalah…. Bercinta ketika umur 23 tahun ke atas kelihatan lebih serius berbanding ketika diusia yang muda. Stuju tak??

Umur 23 dan 18 tahun tu sekadar angka yang aku letak jer, sebenarnya boleh je kalau aku nak letak 17 tahun ke 25 tahun ke... Tersiratnya, aku ingin kata cinta ketika study ni banyak onak dan durinya dan aku amat mengagumi orang-orang yang dapat kekal hingga ke jinjang pelamin.

Umur 23 tahun ke atas pula aku ingin gambarkan orang itu sudah bekerja, dah stabil, duit pun dah tak mintak kat makpak dah. Dan kalau nak main-main lagi ketika ini, aku tak tahu nak cakap laaa…
Senang je, kalau dia nak main, kita main ngan dia balik, senang crita(baru adil)..hehe…(sekadar lawak yang tak brapa nak lucu je ni! .hehekk)

Aku tak jumpa lirik lagu melayu yang best sebut pasal cinta. Tapi aku suka lirik nasyid kump in-team yang bertajuk ‘kasihku abadi’ ni, dan…. Boleh lihat liriknya kat gambar yang aku dah edit di adobe photoshop kat atas.

Setakat ini aje, jumpa lagi, salah dan silap harap dimaafi… daaa… =)
Betulkan saya andai saya salah……..

To be continued……….
{Talk about love in part 3 will be coming soon!!}

Kawen = kahwin





??????????

Dia hitam…
Tapi manis…
Aku sudah tertawan..
Aku intai-intai..
Tapi sudah berpunya..
Ku ingin juga..
Tak kisah apa nak jadi kerna aku sudah tertawan…

Aku sedang bercerita tentang kopi yang kak ipaq( kak Idah) aku bancuh.. Memang sedap sangat dia bancuh, nikmatnya tak terkata…

Dia kata resepinya macam ni tapi bila aku yang bancuh, rasa kopinya tak sesedap kak ipaq aku bancuh.. nape yer?? Huhu…

2 sudu gula + 1 sudu kopi + air panas = kopi O yang sedap

Aku tahu kenapa air kopi aku tak sama macam Kak Idah punyer…. Sebab aku tak tahu sukatan air tu banyak mana, ye tak ??? Dia kata agak-agak jer, yelah, tak kan nak cakap 200 ml air ke 300ml ke, mana la k.Idah sempat nak ukur plak ye…

Pastu dia kata pulak, nak senang sukat air tu pakai mug.. Pastu aku pun try… Tapi tak jadi jugak.. Nape ni?? Oh… yela, aku cedok kopi dan gula tu banyak mana pulak, aku ambil banyak ke sikit ke..

Jadi, nak kopi yang sedap, carilah kak Idah jgn cari aku…hehe..

Penjelasan……………….
Dia hitam…. Kopi kan warna hitam
Tapi manis…. Manis la bila dah boh gula
Aku sudah tertawan…. Aku rasa suka minun kopi dia(kak Idah)
Aku intai-intai…. Tengok kopi atas meja
Tapi sudah berpunya…. Cukup-cukup sorang secawan je
Ku ingin juga…. Nak gak, tak kisah sape punya kopi…..hehekk

Sekadar hiburan…. tapi betul, kak ipaq aku memang pandai bancuh kopi…
Post kali ni nak crita pasal kopi kak ipaq aku yang sedap je ni….

Loghat kedah yang aku guna:
Boh = memasukkan sesuatu benda
Ipaq = ipar = suami atau isteri kepada kakak atau abang kandung kita

Monday, August 4, 2008

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) – HPA

3/8/2008
Seperti aku kata sebelum ini, aku nak join program dari HPA. So, aku pun join la PBC yang diadakan selama 2 hari kat Hotel Swiss Inn di Sungai Petani ni. PBC ni ala-ala program nak memperkenalkan apa itu HPA dan sape-sape join PBC ni berpeluang naik satu pangkat dari multi level marketing (MLM) ini.

Jualan langsung tak syok dengar tapi bila sebut multi level marketing (MLM) ni cam best sket. Ye tak?? Hehe.. Abah aku sendiri banyak join MLM ni(tak aktifla, sekadar ingin membeli barang), antara yg aku ingat adalah gamas emas, azi, zhulian, Gano, hpa. Beli kopi dan gel gamat dari gamat emas. Beli bedak dari azi, beli bantal berubat dari zhulian, beli kopi dari gano. Jadi, aku pun dah mencuba la pelbagai produk dari pelbagai MLM ini.

Nape aku join PBC?? Nawaitu aku mulanya hanyalah sekadar ingin mempelajari saraf tangan dari Kak Pah jer. [Boleh baca post aku sebelum ni, aku crite macam mana aku sangat tertarik pasal saraf tapak tangan ni] Kak pah(ahli HPA yang berpangkat tinggi) ni pakar dalam saraf tapak tangan. Dia boleh tengok pelbagai penyakit dari tapak tangan. Bukan peramal(itu syirik) tapi ini satu pelajaran yang sangat menarik untuk dipelajari. Dan.. aku sangatla berminat.

Dalam PBC tak bolehla nak tahu semua skil saraf tapak tangan ni. Kak Pah sempat ajar sket ja. Sebab dalam PBC ni banyak slot. Dengan itu aku tak berapa puas sebab tak sempat belajar semua skil. Huhu.. Tapi tak pe kawan-kawan, balik dari program PBC tu, Kak Pah call aku sebab nak tanya perasaan aku tentang program PBC yg dia ajak ni. Aku kata OK, dan sempat tanya dia bila lagi dia nak ajar pasal saraf tangan ni. Hehekk. Dia kata, “Naimah ni nampak berminat sangat yer pasal saraf tangan ni”. Biasela, bila sekali aku dah jatuh cinta tuh, memang aku sungguh2 la..hehekk. skg aku jatuh cinta nk blajar pasal ni laaa.

Dia memang dah tahu dari awal lagi yang aku sangatla berminat nak belajar. Kak Pah kata sebulan lepas dia dah buat program 1 hari pasal saraf tapak tangan(masa tu aku tak kenal dia lagi). Huhu.. aku dah terlepas laa. Aku dah pesan kat Kak Pah, kalau dia buat lagi program macam ni, aku nak join.. harap-harap dia ingatla kat aku dan bgtau aku..

Pandangan aku tentang HPA selepas join PBC?? Aku tak nak compere dengan mana-mana MLM lain sbab cara itu tak bagus. Apa yang aku nak katakan, kita patut berbangga sebab ada orang Islam yg mampu buka syarikat mcm ni dan dah berkembang dgn maju, cara kita nak naikkan orang Islam lagi, kita patut sokong mereka, ye tak…

Kak aku heran apsal aku pulun sangat nak join, abang ipaq kata aku tak betul dah ni tetiba rajin plak nak masuk MLM ni. Huh.. Tak kisah diorang nak kata apa…Hehekk.

Sejak aku kat U, aku mula tahu banyak makanan yang tak boleh dimakan sebab bercampur dgn bahan-bahan yg diharamkan. Benda-benda yang syubhah juga kita digalakkan untuk tinggal, ye tak??. Sebab tuh kot,orang sekarang perangai macam HANTU, sb mkn benda bukan-bukan la ni.. Aku tak kata la yg aku ni baik sangat ya, jgn salah faham wahai tuan dan puan yg dihormati sekalian. Hehekk. Sungguh…. Aku takut sangat pegi jeti kat penang, ramai macam ‘hantu’(sorry to say lah). Buat tak tau je kat ‘hantu-hantu’ ni, hantu tak brapa suka kacau orang yang tak kacau dia kan kan kan…hehekk. 'Hantu' pada pd aku adalah org2 yg buat aku rs takut tak kisah la dari segi penampilan ker, perbuatan ker, hingga aku ingin menjauhi diri dari dia.

K, sampai kat sini je, nanti aku tulis lagi pasal HPA ni dan setakat mana aku nak join HPA ni… See ya…daaa =)

HPA – Radix

30/7/08

Pernah minum kopi Radix?? Pernah makan di RFC?? KAlau jawapan anda adalah YA, maka anda tentu akan tahu HPA kan……

Anda tentu akan berpuas hati setelah mencuba produk2 dari HPA ini, at least anda tahu ia keluaran dari orang2 islam kan.. Gunakan dan makan tanpa was-was..!! Kalau kita sendiri orang Islam tak sokong syarikat orang Islam, saper lagi kan kan nenek kan….

Aku di sini bukan lah ingin bercerita tentang kepuasan minum kopi radix atau ingin memuji tentang kesedapan makan di RFC, tetapi aku ingin kongsi satu bende yang first time aku try.. so, here it goes……..

Melihat keadaan aku yg masih tak brapa sihat lagi wpn dah makan ubat, mak aku ala-ala risau sket(sbnrnya tak teruk pun, demam jer), mak paksa aku g klinik(tak suka mkn ubat..tolonglah.hu2). Abang aku suruh try pegi kat klinik Salina kat Taman Arked di Sungai Petani(dia kata situ OK). Nak dijadikan crita, klinik Dr Salina tu tutup. Kebetulan, kat taman tu juga ada stokis HPA, situ boleh check penyakit melalui tapak tangan. Abah kata nak try, so, aku ikut jer…….

Aku pun bagi la tapak tangan aku untuk di check oleh beliau.. Ada banyak benda la dia cakap pasal aku. Lebih kurang 98% apa yang dia cakap tuh betul. Aku ala-ala rasa kagum sket dengan kemampuan dia tahu banyak benda pasal aku setelah tengok tapak tangan aku dgn terus terangnya cakap, ‘Wow, banyak betulla..’ . Tersenyum lebar dia mendengar pujian dari ku..hahaa..[aku puji ikhlas tau!!]

Dia kata, semua ni boleh belajar. Aku tanya, ‘belajar kat ne?’. Dia nampak aku berminat kot, dia tawarkan aku kursus. Aku tak kisah jer, boleh gak belajar pasal2 ni. He2. Dia suruh aku jadi ahli HPA(promote aku nampak.he2), nt boleh naik pangkat kalau aku join kursus ni.he2. Tak berminat sangat nak naik pangkat sebab aku pun tak kerja lagi, nak aktif tu, belum ada modal la aku. Kalau ada yang sudi memberi modal kepada aku, aku menadah dua belah tangan la…hahaaa..

Aku cuma nak belajar pasal tapak tangan ni jer. Insya-Allah aku join kursus yang akan diadakan di Hotel Swiss Inn pada 2-3/8 nanti… Harap-harap ada la yang baya-baya aku join kursus ni, yang aku tahu, mak cik-mak cik je yang rajin join jualan langsung ni..hehekk…

Kesihatan kita kadang2 bergantung kepada pemikiran kita yang sihat. Minda kita yang kawal tubuh kita, kalau minda kita sll kata, aku sakit, aku sakit, aku sakit…tak mustahil badan kita pun boleh jadi tak sihat nanti. Sebab tu kot, motivator selalu kata, kita kena fikir positif selalu. So, mulai sekarang marilah kita sama-sama positifkan minda kita. Kita kena selalu kata, “aku sihat, aku cantik, aku seorang yg baik…” [ tapi jgn cakap depan orang plak, nanti orang kata kita suka perasan @ tak betul lak, cakap dalam hati dah ler @ cakap depan cermin..hahaaha…]. At least kita cuma ingin berkata sesuatu yg baik tentang diri sdr jer.he2.

“The greatest love of all is easy to achieve but learning to love yourself is the greatest love of all”

Interview

20/7/08
Hari ni aku dapat surat interview dari Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). So, pada 29/7 aku kena interview laa.. Pada hari ini juga aku dapat surat jemputan ke konvo dan surat senat(srt tamat pengajian). Keduanya surat penting. Kawan-kawan aku dah dapat seminggu awal lagi. Ntah nape postman lambat hantar kat rumah aku, risau jer aku sblm ni….

21/7/08
Aku ke SMK Che Tom hari ni. Kali ni aku ke sekolah sebab nak sah kan sijil-sijil yang diperlukan untuk interview nanti. Di samping tu, aku sempatla jumpa student2 aku dulu serta 2-3 orang cikgu kat sekolah tu.

Dapat sedikit tips untuk interview dari cikgu Nuris. Dia kata cuba la tengok-tengok pasal PIPP(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010) juga ambil tahu la sape menteri-menteri yang berkaitan dengan pendidikan. Member-member aku juga ada sebut pasal ni. Kiranya ni soalan favorites la ni??

Aku tak pernah belajar dan tak pernah tahu pun sebelum ni pasal PIPP. Aku search kat internet dan aku lihat PIPP ni merupakan salah satu rncng Malaysia ke-9 (RMK-9) dan ia terdiri daripada 10 bab. Ia bertujuan utk memperkasakan lagi system pendidikan di Negara ini.

23/7/08

Member aku kat Kelantan dah kena interview hari ni. So, aku tanyala Ida pasal interview dia. Dia kata dia tak kena interview pun. Kena buat periksa insak jer. Rupenya, interview tu untuk sapa-sapa yang dapat pointer bawah 2.75.

Hepinya aku dengar tak payah interview. Hehekk. Tapi, tu kat Kelantan, sama ke ngan kat Kedah ni??huhu… Esok, bebudak Perlis pulak interview, so, kita lihat sama tak sistemnya.
Tapi aku rasa mestila sama, ye tak?? Kalau tak, tak adilla.. Kalau ikut logik pun, betul la kan. Tak kan nak interview semua orang, ramai tuh, mesti tak sempat punyerlaah. Bukan dari USM jer, UPSI lagi serta dari Uni lain lagi.

24/7/08
Hari ini pulak student dari Perlis kena interview. Seperti biasa, aku korek-korekla rahsia dari diorang ni. Sama macam Ida kata, Lia bagitau pemegang biasiswa KPM yang dapat pointer atas dari 2.75 tak payah interview.

So, hepi betul la aku hari ni.. Ye ye ye.. Tak payah interview!!!. Legalah hati aku skg. Bukan apa, asal nak interview jer mesti kecut juga perut aku. Haha..

Menurut kata Lia, nanti kena jawab soalan insak jer. 135 soalan dalam masa 30minit, 2 pilihan jawapan jer. Rasanya tak susah kot, hopefullylah…

Kak Ipaq aku interview DPLI(Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) hari ni kat UUM, masa interview tu dia kata diorang siap suruh dia bernasyid lagi. Punyalah aku pulun gelak, ada pulak suruh nanyid.hehekk.. Aku pun dok fikir, kalau aku yang kena nyanyi, lagu ape ek aku nak nyanyi. K, lagu ni lah….

“ sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, wpn hidup beribu tahun kalau tak sembahyang apa guna, wpn hidup beribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya”…

29/7/08
Segalanya lancar hari ni, Alhamdullilah… Aku jawab je soklan tuh, sebenarnya soklan macam ni cuma nak uji sahsiah kita jer. Sesape yang tak pasti ape itu INSAK, aku akan explain kat bawah ni, sesape yg dah tahu tu boleh skip je perenggan bawah ni.

INSAK adalah singkatan bagi Inventori Sahsiah Keguruan. Soklan-soklannya tak susah cuma kita perlu pilih yang mana terbaik antara yang terbaik jer. Contoh2 soklan itu…

1) Anda sakit jadi anda cepat marah.
a) Wajar
b) Tak wajar

2) Anda terlewat ke mesyuarat kerana menghadiri majlis rasmi lain yang diadakan.
a) wajar
b) Tak wajar

3) Anda perlu menghadiri mesyuarat, tiba dipertengahan jalan, anda ternampak berlaku satu kemalangan.
a) anda meneruskan perjalanan kerana takut lewat ke mesyuarat setelah mendapati ramai yang sudah membantu
b) anda turun membantu wpn melihat ramai orang berada di situ.

Soalannya tak susah kan?? Tapi ada yang aku confuse gak nak pilih mana yang paling baik ni. hehekk.

Soalannya ada 135 soalan dan perlu dijawab dalam masa 30 minit.

Oleh sebab lama je tak jawab exam, aku cam lambat sket menjawab soklan ni. Waktu orang yg jaga kami tu bagitau masa tinggal 10 minit je lagi, aku baru je jawab 90 soalan. So, kalut la aku jadi nyer, kot2 mana pun mesti kena habiskan gak soklan2 ni. Dalam kekalutan aku ini, tak sangka gak aku habiskan semua soklan ni dalam masa 5 minit. Maksudnya aku jawab 45 soklan dalam masa 5 minit jer..huh..Aku ada masa menyemak jawapan aku lagi 5 minit…

Perkiraan matematik aku tunjukkan kat bawah.
Masa yg diperuntukkan = 30 minit
Jumlah soklan = 135
135/30 = 4.5 (dalam 1 minit aku perlu menjawab 4 @ 5 soklan)
Maka, 1 soklan aku hanya boleh peruntukkan 12 hingga 15 saat sahaja, tak bole lebih….
90 soklan dijawab dalam 20 minit( 20 minit pertama)
90/20 = 4.5
Jadi, dalam 1 minit, aku telah jawab 4 @ 5 soalan..
45 soalan dijawab dalam 5 minit (5 minit terakhir)
45/5 = 9
Jadi, dalam 1 minit aku telah jawab
9 soalan

Okay, faham tak perkiraan math kat atas..?? K, aku explain..

Sebenarnya aku tak perlu kalut jawab, jika aku maintain jawab 4-5 soklan dalam masa 1 minit pun, aku dah bleh habiskan semua soklan tuh tetapi aku takde la masa untuk menyemak. Disebabkan aku agak kalut menjawab pada 5 minit terakhir(aku jawab 9 soklan dalam masa 1 minit) aku ada masa lagi 5 minit untuk menyemak..

So, korang rasa mana yg lebih baik??

a) Adakah aku perlu maintain jawab 4 hingga 5 soklan dlm 1 minit tetapi tak sempat menyemak.
ATAU

b) Aku dapat menyemak tetapi aku terpaksa kalut menjawab pada 5 minit terakhir(9 soklan dlm 1 minit).

Alahai, mana la aku sempat nak buat kira-kira plak sebelum jawab soklan tuh, skg ni aku cuma bgtau la sape-sape yg kena buat plak soklan INSAK ni, sape-sape jelah yg baca nih.. =)
Dah habis pasal interview…………………………………………………..

So, doakan aku agar dapat kat tempat-tempat yang aku mintak yer. Aku mintak area utara(@ lebih tepat, aku minta Kedah, Perak). Kawan aku kata yang aku ni tak berkembang, study kat sini nak keja pun kat sini, tak nak terokai dunia baru langsung. Apepun, aku ada alasan aku sendiri kenapa aku tetap ingin sentiasa berada di kawasan utara ini….
Tata titi tutu…..

PERHATIAN, mungkin ada perkataan2 yang aku gunakan tidak difahami, sila rujuk bawah :
Soklan = soalan
Kalut = membuat sesuatu dalam keadaan tegesa-gesa

Tidak sihat

Hari ni(27/7/08) aku demam. Mak dan abah pun macam ala-ala nak berjangkit dari aku dah. Hehekk.

Aku baru lepas makan ubat(lepas kena paksa ngan mak). Sebenarnya tak suka makan ubat.huhu.. Kalau tak dak orang paksa aku makan, memang aku tak nak makan ubat la. Tapi, Alhamdullilah.. kepala aku dah rasa ok sket skg.. Sebelum ni, memang sakit sangat la kepala aku nih. Aku ni demam + sakit kepala + tak lalu makan.
Kalau aku kat U, jarangla aku nak pegi klinik ambik ubat nih.. Kalau aku selsema ke, sakit tekak ke, demam ke, aku akan minum jus oren jer. Minum banyak2 jus oren. Jus oren kan banyak vitamin C.

29hb(lusa la) ni aku ada test insak, harap-harap aku cepat sembuh laa. Alhamdullilah la sb aku tak kena buat interview, memang syukur sangatlah. Yelah, dengan demam macam ni mana ada mood nak buat preparation kan..

Petang tadi waktu demam aku ‘mengganas’(double g ke ejaannya??huhu..). aku memang terbaring je atas katil, gagah bangun solat pastu naik atas katil balik. Itulah keadaan aku td. Biasela demam plus mengada-ngada sket.. huhu…Walaupun mak aku pun macam nak demam jer, mak tetap datang picit kepala aku td. Memang kasih ibu membawa ke syurga laa.. Diri sendiri sakit takpe tapi jangan anak yang sakit. Huhu.. Tak kan ku lupa jasa ibuku selamanya…. I luv my mom.. =)
Ummi…ummi…ummi…ummi……..ya ummi…
Undur diri dulu, nak tido…..

Ibu : mom (US), mum (UK)

Thursday, July 24, 2008

Bicara soal C+I+N+T+A = LOVe

Umur : 18 tahun
“ Mak, ada sorang kawan suka saya, dia nak kawan lebih-lebih(so called ‘couple’ la) laa, macam mana mak?”
Tentunya mak-mak kita akan kata, “Ermm, study la dulu, muda lagi dan bla bla bla….”
(Respon yang tidak best!!!)


Teringat aku lagu Ogy…(sila nyanyi bersama-sama ya)

"Dalam kehidupan ini yang terindah
Melalui usia remaja
Sukar duka silih berganti
Meninggalkan kesan abadi
Berdebar-debar hatinya
Kali pertama bertentang mata
Inikah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan? "

Umur : 23 tahun dan ke atas
“ Mak, ada sorang kawan suka saya, dia nak kawan lebih-lebih laa, macam mana mak?”
Tentunya mak-mak kita akan kata, “Ermm, dia ok ker?? Try la kawan-kawan dulu, klau ok, mak tak kisah laa dan bla bla bla….”
(Respon yang baik!!!)

Mengapa wujudnya perbezaan jawapan walaupun soalan yang sama diberikan??
Alasan……

- Mungkin faktor usia….
Umur 18thn tu mungkin dilihat belum cukup matang untuk sstu perhubungan itu, mungkin ibubapa risau sekiranya anak-anak mereka keluar dating bersama pasangan mereka.

- Mungkin faktor masih belajar…
Sebab masih belajar, kebanyakkan ibubapa tak bagi peluang kepada anak-anak mereka utk bercintan-cintan ni, yelah, takut ganggu pelajaran mungkin.
Berbanding bila anak-anak mereka dah habis study, ibubapa itu mungkin akan mengalakkan pula anak-anak mereka untuk berteman.(pelik kan)


Bila aku bicara soal cinta…….

Apa itu cinta? Pernahkah anda bercinta?? Apa yang anda rasa?? Mandi tak basah(tak mandi la tu!!), tidur tak lena(tapi berdengkur!!), makan tak kenyang(tambah 2 pinggan nasi!!). Hahahaaa… Itu cakap-cakap jiwang je, tak kan berlaku dalam real world pun…

Cinta adalah anugerah Allah. Cintailah seseorang kerana cintanya pada Allah, nescaya akan diberkati Allah. Bukan kerana rupanya kerana kecantikan tidak kekal, bukan kerana hartanya kerana ia boleh hilang dan tidak kekal( petikan dari buku psikologi cinta) juga ada sebut dalam Quran kan…

Ada yang kata cinta perlu dicari, ada pula yang kata cinta akan datang sendiri tanpa dicari dan itu terpulang kepada individu itu sendiri. Cinta akan datang dan pergi, cinta hadir tanpa diundang, pergi tidak disuruh. Ada orang sanggup melakukan apa sahaja bila bercinta. Itukah cinta??

Post kali ni bukan bercerita tentang aku tau, aku cuma cakap benda ni dari pandangan aku jer. Ya, aku rasa semua orang pun ada pengalaman bercinta dan putus cinta, ye tak? ... Pengalaman akan menjadikan kita lebih kuat wpn kadang-kadang sakit juga untuk kita terima kan kan kan(kalau putus cintan laa)…. Itu kita panggil ujian dari Allah.

I’m just in mood to talk about love, it's not bcoz I’m falling in love with someone, the true is....I’m not fallen for anyone, not today, not now but I don’t know what will be happen tomorrow, only He does, yeah… only ALLAH knows …Hanya Dia mengetahui segala yg terbaik buat diriku...


Dengar lagu ni, lagu ni dah lama, tp aku suka dengar lagu jiwang2 mcm ni, hahahaaa…TU AMOR lalala… tu amor…la la la la…

To be continued....

Sunday, July 20, 2008

Bilikku bilikmu juga...




16/07/08; 1.03pm

Entah bila aku boleh post entry nie pun tak tahu lah. Sekarang internet kat rumah aku dah takde, aku dah terminate dah servis streamyx. Geram sangat sebab kabel telefon kat rumah aku asyik hilang jer, so, tenet pun xboleh guna la. Aku tak salahkan TM, tapi, aku salahkan pencurik-pencurik yang tak bertanggungjab tu laa.. Elok TM pasang 2-3 minggu, diorang curik lagi pastu TM pasang lagi kabel baru pastu diorang curik lagi dan begitulah sehingga aku malas nak buat report lagi, so, baik takyah guna tenet, tak la aku rasa sakit hati kat pencurik-pencurik tu lagi. Skg aku tahu la boleh pakai broadband tp xpelah, nanti-nantilah bila aku dah keja nt aku beli sdr…
Itu gambar katil aku, aku baru je ubah kedudukan katil tuh. Ya, aku baru jer selesai mengemas bilik hari nih. Aku rasa hepi je lepas mengemas bilik sebab aku rasa sangat bersih, rasa suasana baru dan rasa macam nak kerap-kerap je masuk bilik..hehekk..

Aku jarang kemas bilik… Pemalas?? Okay, pada aku mengemas bilik ni bermaksud membersihkan seluruh kawasan bilik termasuklah sapu sampah, buang sawang kat syiling, mop lantai, ubah kedudukan perabot(kalau dah rasa bosan) dan tukar langsir @ tukar cadar. Jadi, tak kan nak buat benda nih setiap hari kan. Setiap hari kita hanya kemaskan cadar @ sapu sampah je kan, tu pun mungkin kadang-kadang bukan setiap hari kan kan(bg sesetengah org laa)...

Kalau setakat sapu sampah dan kemaskan cadar katil, aku tak panggil ia sebagai mengemas bilik sebab ia tak melibatkan seruruh bilik, aku panggil je sapu sampah kat bilik.
Selalunya selepas selesai mengemas bilik, aku rasa sangat teruja. Selalunya aku akan panggil mak untuk menilai bilik aku. (hehe.. bukan suruh dia bagi markah atau letak 5 bintang tp setakat suruh dia usha-usha, kalau puji lagi bagus laa..haha)

Kali ini aku memilih cadar kaler oren, langsir pink tu aku tak tukar sebab baru je tukar itu hari. Toto aku letak atas katil sebab bila tidur akan rasa sedap sikit, selain itu, kita mudah nak kemaskan cadar dan akan nampak lebih kemas( ini tips yer!!! Tak ambil masa banyak nak kemaskan cadar berbanding kalau tak letak toto…sesuaila kpd sesiapa yg tak berapa nak rajin dan busy memanjang tuh.hehekk)

Tajuk yang aku pilih, ‘bilik ku bilik mu juga’ ini bermaksud…. Kadang-kadang bila semua adik-beradik aku balik, family kak aku akan tidur kat bilik ni, yelah, mereka dah ada family, anak kecik-kecik, tak kan nak panjat tangga tidur kat atas pulak ye. Aku tak pe la, single lagi, boleh je nak tidur di mana-mana saja…

Lagi satu, lihat bantal serta garfield serta sponge bob itu…. Okey, sebelum ni, mak aku sangatlah tidak suka bila anak-anaknya menyimpan benda-benda yang macam nih (maksud?? Contoh macam patung ker… sstu yang ada mata, hidung, muka, tangan n kaki). Tapi… disebabkan bebenda nih bukanlah aku yang membelinya sendiri ( student dan kawan-kawan yang bagi… - thanks very much to my friends n my beloved student ya), mak tak marah pulak bila aku letak ia kat atas katil sebagai hiasan dan sebagai bantal peluk aku.

Tamatlah sudah........tata




Friday, July 11, 2008

Cinta Zulaikha





Entah bila ntah, aku jadi suka dengar lagu nie... So, mari dengar bersama-sama..... =)

Wednesday, July 9, 2008

Kami Guru Malaysia!!

10 Tahun dulu :

Aku masih kat sekolah lagi. Pakai baju putih dan berkain biru. Dah lebih 10 tahun aku dengar lagu nih rupenya. Tanggal 16 mei lagu ini akan dinyanyikan oleh guru-guru dihadapan pelajar-pelajarnya.

" Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

................................ "

Seronok juga dengar cikgu-cikgu menyanyi nih, ada yang tak ingat lagu nih, masih rujuk lirik lagu lagi. Ada yang macam dah pro, mungin juga dah ingat lagu nih sebab setiap tahun nyanyi.

4 Tahun dulu :

Aku mula masuk USM, memilih kos sains dengan pendidikan merupakan pilihan pertama aku dari 8 pilihan yang lain. Alhamdulillah dapat pilihan pertama. Pertama kali kena nyanyi lagu nih bersama teman-teman seperjuangan yang lain.

Mula-mula rasa nak tergelak juga sebab pada aku hanya cikgu-cikgu yang akan nyanyi lagu nih tapi aku belum lagi, yelah kan baru masuk U jer. Tapi aku mungkin dah lupa.. aku kan bakal guru, jadi kenala nyanyi lagu nih. Jadi, kami pun nyanyi la beramai-ramai...

" Mendidik dan memimpin

Putera puteri negera kita

..................................... "

3 bulan dulu :

Aku buat praktikal kat sekolah. Dari awal bulan 1 sampai hujung bulan 4. Jadi, tak berpeluangla nak nyanyi lagi lagu nih sebab hari guru kan bulan mei. Tak merasa aku nak berhari guru bersama-sama.

Jadi guru praktikal memang best, sekurang-kurangnya aku boleh nampak yang pelajar lebih mesra dengan guru praktikal. Mungkin juga sebab mereka tahu yang cikgu praktikal ni tak kan lama di sekolah.

Ada pelajar yang nak aku jadi kakak angkat mereka, ada yang melambai-lambai tangan dan menjerit panggil aku walaupun aku dok kat blok yang lain dari mereka, ada yang nak tolong angkat beg, ada yang nak aku berkenalan dengan abang-abang mereka dan macam-macam perkara lagi.

1 tahun akan datang :

Mungkin aku dah jadi cikgu waktu tuh(skg aku tunggu posting). Aku ingin nyanyi lagu nih. Tentunya aku akan bawa lirik skali sebab aku tak hafal lagu nih.

" .........

Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan "

Sebenarnya nak citer pasal lagu jer, tapi ntah ape-ape ntah aku ngarut kan.... Jadi, hayatilah lagu di atas. Kepada bakal-bakal guru seperti aku, dengarlah lagu ini bebaik, anda pasti sukakannya...hahahaaaaa