Wednesday, August 12, 2009

Pening pening pening kepala

Banyak perkara yang aku kena settle kan dalam ming ni.... Medical check up lagi, cari tempat untuk angkat sumpah, cari klinik untuk suntik vaksin flu, cari hotel untuk akak aku, hotel untuk family aku dtg nanti dan segala persiapan untuk aku ke sana juga aku kena settle kan ming ni....

Dalam keadaan yang sangat sibuk ni, sekolah aku pun sibuk itu dan ini juga, tetiba kata kena buat ujian la pulak, meeting lagi pastu kena hantar buku budak kat ketua panitia dan yang paling sedih, lepas penat satu pagi aku kat klinik buat medical check up, aku kena juga pergi sekolah lepas tuh... huhuhu...

Minggu ni sehari pun aku tak masak di rumah, setiap hari dalam minggu ni aku keluar pagi untuk settle kan keja2 aku, sian dan bersalahnya aku pada housemate2 aku... uhuhuuu.....

Aku sangat pening minggu ni......
Amaran!!! : Cikgu Imah garang minggu ni, jangan kacau cikgu wahai bebudak BB(Bukit Bintang)

Tuesday, August 11, 2009

letih sangat...

11 Ogos 2009, 10.49 mlm

HAri ni aku marah budak2 ni... Penat gak marah2 ni tapi kalau tak marah naik kepala la budak2 ni.... Bila aku marah, ada budak boleh senyum2 lagi( sah la tak rasa takut bila aku marah ni)... Pastu sekali aku tolak meja budak sampai jatuh baru diorang diam dan nampak takut!!! Fuh!! kena tunjuk ganas2 baru diorang nak takut....

Ini baru kelas form 1...

Semalam pulak, aku hampir2 dipukul oleh seorang budak form 2.. Dia tak puas hati sebab aku pukul dia... OWh... Dia kurang ajar ngan aku... Ape lagi, cikgu Imah ni pun belasah la dia, sekali dia nak balas balik... Fuh!!! Aku marah2 dia pastu halau dia keluar kelas, so, dia tak sempat nak lawan balik....

Itu pulak budak form 2, yang kononnya dah besar kepala!! AKu nak ajar kepada dia kebaikan tapi dia tak nak terima sudah, aku dah taknak peduli lagi si budak itu!!!

Aku masih dapat bertahan di sini sebab masih ada bebudak yang tahu menghormati cikgu... Memberi salam, salam tangan... itu dah buat aku terharu sangat.... Diorang dah aku anggap macam anak2 aku, so, aku rasa tak salah kot kalau diorang nak salam2 cikgu....

Cerewet

Isnin, 10 ogos 2009, 10.45 malam

Dalam masa 35minit sahaja, aku berjaya menghabiskan 1 bab dalam tajuk pengangkutan dan perhubungan awal di Negara Malaysia(geografi).

Bebudak ni pun kata, “ cepatnya cikgu dah habis 1 bab ”…. Ini lebih kurang perbualan aku dengan bebudak ni di kelas”

Pelajar 1 : Dah habis ke cikgu bab ni??

Aku : Ya, bab ni sikit je dan senang je, lebih kurang macam awak belajar sejarah jer.

Pelajar 2 : Cepatnya dah habis 1 bab…

Aku : Kena cepat sikit la, nanti seminggu saya tak datang sekolah..

Pelajar2 semua : Yeahhh… Yeahhh… (ramai-ramai bergumbira bila aku kata aku tak datang seminggu)

Aku : Owh…. Awak semua hepi yer saya tak datang seminggu, xpe…(ayat konon2 merajuk dengan sikap bebudak)

Pelajar 3 : Tak cikgu, kitaorang semua ‘sedih’ cikgu taknak datang sekolah seminggu(ayat pura2 bebudak ni)… Kitaorang pasti akan merindui kecerewetan cikgu nanti….

Aku cerewet??? Owhhh TIDAK!!!

Aku : Oleh sebab awak semua ‘sedih sangat’ sebab saya tak dapat datang sekolah nanti, saya nak bagi kerja rumah banyak2 supaya awak semua sentiasa ‘mengingati saya’….

Pelajar2 : Cikgu… taknak kerja rumah!!….

Itulah pelajar2 ku, konon2 kelas paling pandai tapi malas buat kerja sekolah…huhuhhhhh

Aku dikata sangat cerewet sebab aku bagi banyak sangat syarat untuk folio mereka.. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini…. Aku tak la rasa diri aku sangat cerewet tapi cuma aku nak mereka semua buat yang terbaik untuk folio tu, taknak la hanya melepaskan batuk di tangga…….

Menghitung hari…

17hb Ogos 2009