Thursday, April 23, 2009

belajar + mengajar



Hari ni (23/4), sekolah aku ada buat sukan sekolah. Bermula pukul 7.30pg habis dalam pukul 1.30ptg. Ermm.. hari ni tak mengajar laa... Balik rumah, dah tak tahu nak buat apa, aku pun merajinkan la diri aku menaip di sini. hehekk... Lepas tu saja2 la taip nama sekolah aku ngajar skg kat youtube, dan ini video yang aku sempat tengok yang ada kaitan dgn sekolah aku...hehekk..

Video ni diambil di sekolah aku, mungkin ex-cikgu sebelum ni yang buat. Dan aku suka tengok video ni.

BB the best... :) Hehe...

Semua kerja pun ada suka dukanyer. Skg aku cuma nak crita kisah suka aku di sini bersama pelajar.

Aku mengajar di sesi petang dan ini bermaksud aku hanya mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Pelajar tingkatan 1 dan 2 ni, aku dpt lihat sikap mereka yang manja dan keanak-anakkan lagi... Cth ayat lucu yang stp hari aku akan dengar.... " Cikgu, dia ejek nama bapak saya cikgu." atau dia akan cakap, "cikgu, dia kacau saya cikgu." Lagi.... "cikgu, dia ambil pen saya cikgu". Huh...

Setiap hari aku perlu melayan stp kerenah mereka....

Sama mcm cikgu dalam video ini, aku juga selalu je lepaskan pelajar2 keluar rehat dan balik rumah lewat sedikit. Aku tak bagi diorang keluar selagi mereka tak siapkan kerja. Diorang perlu tunjuk buku diorang kat aku dulu baru aku percaya yang diorang dah siapkan kerja. Dek nak keluar cepat, bebudak ni pulun la buat kerja. Bayangkan sorang2 datang depan tunjuk buku. Mendengar cakap juga mereka ini, baik betul...

Walaupun tidak semua namun masih ada yang menyapa aku bila terserempak, "hai cikgu". " Good afternoon teacher". At least, masih ada lagi yang menyapa cikgu bila berselisih jalan... =)

"Tq teacher", "terima kasih cikgu"... Aku suka dengar ayat ni bila bebudak ni cakap pada aku...

ATAU bila aku sampai sekolah, ada budak kata, "cikgu, nak saya tolong angkat beg cikgu ke??"... walaupun hanya ada 2-3 orang pelajar je macam ni, tapi aku rasa bebudak ni kesian jugak tengok cikgu angkat banyak barang....

Perkara yang paling mengembirakan aku adalah bila pelajar aku faham apa yang aku terang kat depan kelas...

Thursday, April 9, 2009

kecil hati...

Kadang-kadang terasa diri ini sangat sensitif....
Tiba-tiba rasa kecil hati....
Tak tahu kenapa....
Adakah orang itu faham yang aku kecil hati dengannya....
Bila kecil hati atau terasa dengan seseorang....
Aku akan diam ja....
Tak bercakap sepatah pun dengan orang itu....
Kenapa aku perlu berkecil hati.. huh

Wednesday, April 8, 2009

marah sebab sayang??

Bila bergelar seorang guru ni, aku tak dapat nak lari dari nak marah-marah bebudak aku ni. Sampaikan satu hari tu ada sorang budak ni cakap, "cikgu napa marah sangat ni, nanti dapat penyakit". Huh...

Pantang betul aku bila aku dok tengah explain kat depan, ada budak bercakap kat belakang. Huh.. Tak tahu laa, budak-budak ni memang suka bercakap. Sekarang aku dah jadik sedikit ganas. saper-saper yang cakap banyak, aku sumbat jer mulut diorang dengan kertas. Aku tak bagi diorang buka kertas tu sampai kelas aku habis.

Pertama, bila aku buat macam tu, bebudak yang lain juga turut diam. Aku akan sumbat mulut diorang setelah 3 kali amaran aku bagi. Jadik, diorang tak boleh nak marah2 aku sebab diorang sendiri yang mengaku diorang bising. So,itulah hukumannya...

Aku marah-marah bukan sebab aku benci kat bebudak ni. Niat aku, aku nak semua orang dengar apa yang aku sedang terang kat depan. Kalau bising, macam mana nak faham, aku nak diorang tumpukan perhatian jer.

Takder la, aku dapat gaji, so, dah jadi tugas aku la kena mengajar sampai diorang faham. Lagi..... aku nak bebudak ni beradab sket dengan cikgu. Bukan nak suruh hormat cikgu macam raja tapi sekurang-kurangnya hormatilah guru itu seperti menghormati ibubapa mereka...