Monday, March 16, 2009

If I Were A Boy

Lagu ni dinyanyikan oleh Beyonce. OK jugak, sedap didengar. Jika aku seorang lelaki apa yang aku nak buat yer???

Sunday, March 15, 2009

Ujian Tuhan....

Suasana sedikit tegang ketika aku memasuki kelas 1 Nekad hari itu ( 10 mac 2009, selasa), suaraku sedikit tersekat ketika menyuruh pelajar diam(mode sedih). Cikgu Hafizi yang ketika itu berada di koridor dekat kelas 1 nekad membantuku mengawal kelas yang bising itu, mungkin aku sudah tidak punya kekuatan lagi untuk mengawal kelas ketika itu.

Aku memasuki kelas ketika itu bukan untuk mengajar tetapi untuk mencari beg duit aku yang hilang.......... =(

"Dalam pukul 5.30 petang, beg duit saya didapati telah hilang. Kejadian itu berlaku ketika saya berada di bengkel kemahiran hidup di sek saya". Itu antara laporan polis yang aku telah buat. Aku telah kehilangan beg duit yang dihadiahi kawan saya ketika besday aku yang lepas, wang dalam rm50, ic, lesen, kad bank. DAN aku amat menyukai beg duit itu. huhukkk..

Walau apa pun yang berlaku, mungkin ada hikmahnya, mungkin ALLAH sedang mengujiku. Abah pesan kena banyak sabar, ujian Tuhan tu kata abah.

Lecehnyer kerna aku terpaksa buat ic baru, lesen baru, kad bank baru. Kena bayar denda pulak. hehek..
IC: Denda buat ic rm40 + rm10(wang proses) = rm50.
Lesen: Perbaharu lesen 1 tahun rm30 + denda hilang lesen rm20 + ambil gambar rm 15 = rm65.
Kad bank: rm8 untuk buat kad baru + rm10(wang proses) = rm18

Jumlah kerugian yang aku alami rm133, itu tak termasuk rm50 yang ada dalam beg duit aku yang hilang itu, tak termasuk juga dengan duit minyak sebab terpaksa ke jabatan sana dan jabatan sini... Sedih kan.. huhu...
Dengan sejumlah wang sama aku dah boleh baju baru kan kan kan... Tapi, benda dah jadi. Aku terima ia sebagai pengalaman hidup aku DAN lepas ni for sure la aku akan lebih berhati-hati.

Ini merupakan kes sedih yang kedua yang berlaku pada aku sepanjang 4 bulan di Selangor ni. Sebelum ni kereta yang aku baru ja pakai selama 2 minggu kena langgar(bukan salah aku>> dah settle, budak tu dah bayar duit)
Semua ni ujian dan ujian lagi untuk aku.

Dengan ujian yang aku alami ni, aku dapat kenal siapa yang betul-betul kawan aku. Alhamdulillah, aku punya kawan dan sahabat yang baik. Terima kasih buat mereka..

Thursday, March 12, 2009

kembara....

Kembaraku sejauh 4oo KM ke negeri orang. Tiada saudara-mara juga tiada siapa, yang punya hanya lah teman2. Buat teman ku, aku amat berterima kasih atas segala bantuan yang diberikan, membantuku menerokai kehidupan baru, meminjamkanku kereta, sentiasa ada untuk membantu. Itulah teman, kawan, sahabat dan

Pengalaman mengajarku erti tabah dan sabar. Tidak bergaji dalam tempoh 4 bulan di bandar besar dengan segala perbelanjaan amat menguji kesabaran. Bukan mahu merungut. Maafkan saya wahai ayah dan bonda, walaupun sudah bekerja namun saya masih meminta-minta duit buat perbelanjaan harian. Saya amat bersyukur punya ibubapa seperti kalian, Alhamdulillah...

Aku kini bergelar seorang guru. Memilih kerjaya guru memang atas pilihanku sendiri. Kembaraku ku kini bermula. G + U + R + U = guru........