Monday, September 14, 2009

Dah nak Raya!!!...

Tinggal beberapa hari saja lagi, aku nak balik kampung beraya!! YEYE!!!.. Raya tahun ni sangat berbeza sebab tahun nie aku dah mula keja, maksudnya aku dah kena bagi duit raya kat anak2 buah aku....hehekkk

Aku balik jumaat ni lepas sekolah, harap2 perjalanan aku berjalan dengan lancar..... Rasa kejab sangat datang sekolah sebab aku baru jer lepas cuti 3 minggu termasuklah cuti penggal sekolah seminggu dan cuti yang aku ambik untuk ke umrah....

Banyak cerita 'best' berlaku kat aku sekembalinya aku ke sekolah setelah cuti 3 minggu hari tuh......

Bebudak ni panggil aku 'hajjah' yang kononnya diorang ingat asal balik Mekah je dapat gelaran 'Hajjah'... Penat aku nak explain bagi diorang faham....

Sebenarnya aku tak bagitau sape2 pun yang aku nak ke Mekah kecuali housemate2 aku je... Kat sekolah pun hanya pengetua dan kerani je yang tahu sebab aku perlu berurusan dengan mereka untuk mintak cuti.... Tapi balik jer dari umrah, aku rasa semua orang dah tahu termasuklah murid2 yang aku tak ngajar pun.....

Aku tak nak cerita lagi pasal sekolah.... Tak sabar nak beraya......

"SELAMAT HARI RAYA"
mAaF zAHiR dAN baTIN....

Sunday, September 13, 2009

UMRAH

Pengalaman yang tidak dapat aku lupakan adalah ketika berada di Mekah. Sebelum pergi, aku sangatlah sibuk di sekolah, tetapi bila berada di sana, jiwaku menjadi tenang, aku ingin kembali ke sana... Ke Madinah.... ke Mekah... Ke masjidil Haram.... Ku rindu untuk melihat Kaabah.....


Kami(mak, abah, kakak dan aku) sudah mahu bertolak, kami turun dari masjid, berdoa sebelum memulakan perjalanan jauh..



Di Masjid Nabawi, Madinah... Aku kagum melihat indahnya masjid ini... Di sini adanya makam nabi.... Aku merindui saat-saat ketika berada di sana....


Ketika kami melawat masjid Qiblatain, dua kiblat....



Saya bersama mak abah ketika mengadakan lawatan... Keadaan yang sangat panas namun aku gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki di sana, Alhamdulillah...


Saya dan abah berposing sebentar.... Mak dok dalam bas jer, mak taknak keluar melawat sebab bahang panas kuat sangat....


Kami yang berpurdah di sana.... Cube teka yang mana satu adalah aku??? hehekkk



Duit Riyal... Tak menarik tapi bernilai di sana...


AKu dan mak.... Gi beli barang sket... Dekat jer ngan masjidil haram nie... Sekarang dah berpuasa... Tak berapa nak larat jalan-jalan jauh...


Di luar masjidil haram... kalau aku tak pakai spek, mata aku yang sepet ini memang tak boleh nak buka sebab bahang panas....


Aku bergambar bersama unta yang dihias... Aku teringin nak naik unta sebab 5riyal jer sekali naik tapi dek busuknya bau unta, aku tak tahan la nak naik...


Belakang aku tu adalah Kaabah... Sekarang lebih kurang pukul 3 pagi di Mekah.. Selesap je tawaf, aku dan kakak aku pun curi-curi la ambik gambar...



Ketika kami berempat hendak memunaikan umrah..... Teringat aku suasana di sana.. Aku ingin kembali ke sana!!!!



Aku dan kak ah masa kat airport di Bahrain, dah OTW balik dah... Bersedih hati sebab dah kena balik...


Bosan-bosan transit di BAhrain, kami pun bergambarlah walaupun penat.....


Heheeeeee


Nampak tak burung-burung kat sebelah aku tuh??