Friday, July 24, 2009

Jai Ho

Suka

"Cikgu, saya ingin buat pengakuan...... ermm.... ermmm....ermmmmm...... saya sebenarnya suka cikgu(sambil menunduk muka)... saya suka cikgu lebih dari seorang guru.... cikgu memahami saya, cikgu mentor saya...". Maafkan saya cikgu, saya punca kenapa kawan-kawan asyik ber'gosip-gosip' di dalam kelas. Saya bagitau kawan yang saya suka cikgu"

Pokok tak kan bergoyang kalau tidak ada angin yang bertiup, 'gosip' tak kan tersebar kalau tidak ada yang bersuara.......

Suka lah saya sebagai kakak atau ibu TAPI jangan lebih dari itu.....

Ya Allah, semoga pelajar-pelajar saya dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.....

Friday, July 10, 2009

Sayang anak...

Minggu lepas, sekolah tempat aku mengajar ada buat hari terbuka, maksudnya, ibubapa perlu hadir ke sekolah untuk mengambil slip peperiksaan anak mereka disamping itu guru-guru tingkatan perlu memberi komen tentang tingkah laku anak-anak mereka di sekolah..

Sebagai guru tingkatan, aku terlibat secara langsung untuk mengadu perihal anak mereka di sekolah...

Penat sangat hari tu, suara aku serak ala-ala Ella jadiknya, asyik bercakap jer...

Aku berkata, " anak Puan kadang2 sangat bising dalam kelas, kdg2 suka kacau kawan, saya tegur-tegur juga dia".... (Ayatku penuh bermakna, sebenarnya aku nak kata, 'kalau saya nak pukul anak puan boleh ke?? Hehekk..) Macam boleh baca isi hatiku jer Ibu budak ni... Dia kata, "kalau cikgu nak pukul dia pun takpe, dia memang nakal pun..."

Haha.. Misiku berjaya.. Kalau aku pukul budak nakal pun aku dah tak dikira bersalah sebab aku dah mintak izin ibu-ibu mereka kan kan??hehe..

Jadik sapa yang tak dengar cakap cikgu imah, pembaris besiku menanti tangan anda...

Lgi satu cerita, ada sorang budak ni, Masa ujian mac dapat 1 D dan yang lain semua E, Exam pertengahan tahun pula dapat semua E... Aku pun cakap, "Ini result anak puan, sebenarnya saya agak risau dengan kepetusan anak puan....."

TANPA AKU sempat menghabiskan ayat, Si Ibu ni berkata, "Bulan Mac result dia agak OK yer?? (Laa pulak?? ok ker semua E??) Tahu la sayang anak pun, tapi dengar la dulu apa aku nak cakap mcm mana anak dia kat sekolah dan kenapa dia bleh fail semua.... huhu...

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Tan Sri Muhyyidin Yassin telah mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan mulai 2012 iaitu 3 tahun lagi.

Aku gembira saat berita ini diumumkan...

Memang kerajaan sendiri mengakui kelemahan PPSMI. Sejak dilaksanakan pun, bukan semua guru mengajar 100% dalam BI. Kebanyakkannya dwibahasa(aku pun sama). LIHAT http://www.malaysiakini.com/news/108091

Tapi kenapa 3 tahun lagi??
Adakah demi pelajar? Ya mungkin...