Monday, September 14, 2009

Dah nak Raya!!!...

Tinggal beberapa hari saja lagi, aku nak balik kampung beraya!! YEYE!!!.. Raya tahun ni sangat berbeza sebab tahun nie aku dah mula keja, maksudnya aku dah kena bagi duit raya kat anak2 buah aku....hehekkk

Aku balik jumaat ni lepas sekolah, harap2 perjalanan aku berjalan dengan lancar..... Rasa kejab sangat datang sekolah sebab aku baru jer lepas cuti 3 minggu termasuklah cuti penggal sekolah seminggu dan cuti yang aku ambik untuk ke umrah....

Banyak cerita 'best' berlaku kat aku sekembalinya aku ke sekolah setelah cuti 3 minggu hari tuh......

Bebudak ni panggil aku 'hajjah' yang kononnya diorang ingat asal balik Mekah je dapat gelaran 'Hajjah'... Penat aku nak explain bagi diorang faham....

Sebenarnya aku tak bagitau sape2 pun yang aku nak ke Mekah kecuali housemate2 aku je... Kat sekolah pun hanya pengetua dan kerani je yang tahu sebab aku perlu berurusan dengan mereka untuk mintak cuti.... Tapi balik jer dari umrah, aku rasa semua orang dah tahu termasuklah murid2 yang aku tak ngajar pun.....

Aku tak nak cerita lagi pasal sekolah.... Tak sabar nak beraya......

"SELAMAT HARI RAYA"
mAaF zAHiR dAN baTIN....

Sunday, September 13, 2009

UMRAH

Pengalaman yang tidak dapat aku lupakan adalah ketika berada di Mekah. Sebelum pergi, aku sangatlah sibuk di sekolah, tetapi bila berada di sana, jiwaku menjadi tenang, aku ingin kembali ke sana... Ke Madinah.... ke Mekah... Ke masjidil Haram.... Ku rindu untuk melihat Kaabah.....


Kami(mak, abah, kakak dan aku) sudah mahu bertolak, kami turun dari masjid, berdoa sebelum memulakan perjalanan jauh..



Di Masjid Nabawi, Madinah... Aku kagum melihat indahnya masjid ini... Di sini adanya makam nabi.... Aku merindui saat-saat ketika berada di sana....


Ketika kami melawat masjid Qiblatain, dua kiblat....



Saya bersama mak abah ketika mengadakan lawatan... Keadaan yang sangat panas namun aku gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki di sana, Alhamdulillah...


Saya dan abah berposing sebentar.... Mak dok dalam bas jer, mak taknak keluar melawat sebab bahang panas kuat sangat....


Kami yang berpurdah di sana.... Cube teka yang mana satu adalah aku??? hehekkk



Duit Riyal... Tak menarik tapi bernilai di sana...


AKu dan mak.... Gi beli barang sket... Dekat jer ngan masjidil haram nie... Sekarang dah berpuasa... Tak berapa nak larat jalan-jalan jauh...


Di luar masjidil haram... kalau aku tak pakai spek, mata aku yang sepet ini memang tak boleh nak buka sebab bahang panas....


Aku bergambar bersama unta yang dihias... Aku teringin nak naik unta sebab 5riyal jer sekali naik tapi dek busuknya bau unta, aku tak tahan la nak naik...


Belakang aku tu adalah Kaabah... Sekarang lebih kurang pukul 3 pagi di Mekah.. Selesap je tawaf, aku dan kakak aku pun curi-curi la ambik gambar...



Ketika kami berempat hendak memunaikan umrah..... Teringat aku suasana di sana.. Aku ingin kembali ke sana!!!!



Aku dan kak ah masa kat airport di Bahrain, dah OTW balik dah... Bersedih hati sebab dah kena balik...


Bosan-bosan transit di BAhrain, kami pun bergambarlah walaupun penat.....


Heheeeeee


Nampak tak burung-burung kat sebelah aku tuh??

Wednesday, August 12, 2009

Pening pening pening kepala

Banyak perkara yang aku kena settle kan dalam ming ni.... Medical check up lagi, cari tempat untuk angkat sumpah, cari klinik untuk suntik vaksin flu, cari hotel untuk akak aku, hotel untuk family aku dtg nanti dan segala persiapan untuk aku ke sana juga aku kena settle kan ming ni....

Dalam keadaan yang sangat sibuk ni, sekolah aku pun sibuk itu dan ini juga, tetiba kata kena buat ujian la pulak, meeting lagi pastu kena hantar buku budak kat ketua panitia dan yang paling sedih, lepas penat satu pagi aku kat klinik buat medical check up, aku kena juga pergi sekolah lepas tuh... huhuhu...

Minggu ni sehari pun aku tak masak di rumah, setiap hari dalam minggu ni aku keluar pagi untuk settle kan keja2 aku, sian dan bersalahnya aku pada housemate2 aku... uhuhuuu.....

Aku sangat pening minggu ni......
Amaran!!! : Cikgu Imah garang minggu ni, jangan kacau cikgu wahai bebudak BB(Bukit Bintang)

Tuesday, August 11, 2009

letih sangat...

11 Ogos 2009, 10.49 mlm

HAri ni aku marah budak2 ni... Penat gak marah2 ni tapi kalau tak marah naik kepala la budak2 ni.... Bila aku marah, ada budak boleh senyum2 lagi( sah la tak rasa takut bila aku marah ni)... Pastu sekali aku tolak meja budak sampai jatuh baru diorang diam dan nampak takut!!! Fuh!! kena tunjuk ganas2 baru diorang nak takut....

Ini baru kelas form 1...

Semalam pulak, aku hampir2 dipukul oleh seorang budak form 2.. Dia tak puas hati sebab aku pukul dia... OWh... Dia kurang ajar ngan aku... Ape lagi, cikgu Imah ni pun belasah la dia, sekali dia nak balas balik... Fuh!!! Aku marah2 dia pastu halau dia keluar kelas, so, dia tak sempat nak lawan balik....

Itu pulak budak form 2, yang kononnya dah besar kepala!! AKu nak ajar kepada dia kebaikan tapi dia tak nak terima sudah, aku dah taknak peduli lagi si budak itu!!!

Aku masih dapat bertahan di sini sebab masih ada bebudak yang tahu menghormati cikgu... Memberi salam, salam tangan... itu dah buat aku terharu sangat.... Diorang dah aku anggap macam anak2 aku, so, aku rasa tak salah kot kalau diorang nak salam2 cikgu....

Cerewet

Isnin, 10 ogos 2009, 10.45 malam

Dalam masa 35minit sahaja, aku berjaya menghabiskan 1 bab dalam tajuk pengangkutan dan perhubungan awal di Negara Malaysia(geografi).

Bebudak ni pun kata, “ cepatnya cikgu dah habis 1 bab ”…. Ini lebih kurang perbualan aku dengan bebudak ni di kelas”

Pelajar 1 : Dah habis ke cikgu bab ni??

Aku : Ya, bab ni sikit je dan senang je, lebih kurang macam awak belajar sejarah jer.

Pelajar 2 : Cepatnya dah habis 1 bab…

Aku : Kena cepat sikit la, nanti seminggu saya tak datang sekolah..

Pelajar2 semua : Yeahhh… Yeahhh… (ramai-ramai bergumbira bila aku kata aku tak datang seminggu)

Aku : Owh…. Awak semua hepi yer saya tak datang seminggu, xpe…(ayat konon2 merajuk dengan sikap bebudak)

Pelajar 3 : Tak cikgu, kitaorang semua ‘sedih’ cikgu taknak datang sekolah seminggu(ayat pura2 bebudak ni)… Kitaorang pasti akan merindui kecerewetan cikgu nanti….

Aku cerewet??? Owhhh TIDAK!!!

Aku : Oleh sebab awak semua ‘sedih sangat’ sebab saya tak dapat datang sekolah nanti, saya nak bagi kerja rumah banyak2 supaya awak semua sentiasa ‘mengingati saya’….

Pelajar2 : Cikgu… taknak kerja rumah!!….

Itulah pelajar2 ku, konon2 kelas paling pandai tapi malas buat kerja sekolah…huhuhhhhh

Aku dikata sangat cerewet sebab aku bagi banyak sangat syarat untuk folio mereka.. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini…. Aku tak la rasa diri aku sangat cerewet tapi cuma aku nak mereka semua buat yang terbaik untuk folio tu, taknak la hanya melepaskan batuk di tangga…….

Menghitung hari…

17hb Ogos 2009

Friday, July 24, 2009

Jai Ho

Suka

"Cikgu, saya ingin buat pengakuan...... ermm.... ermmm....ermmmmm...... saya sebenarnya suka cikgu(sambil menunduk muka)... saya suka cikgu lebih dari seorang guru.... cikgu memahami saya, cikgu mentor saya...". Maafkan saya cikgu, saya punca kenapa kawan-kawan asyik ber'gosip-gosip' di dalam kelas. Saya bagitau kawan yang saya suka cikgu"

Pokok tak kan bergoyang kalau tidak ada angin yang bertiup, 'gosip' tak kan tersebar kalau tidak ada yang bersuara.......

Suka lah saya sebagai kakak atau ibu TAPI jangan lebih dari itu.....

Ya Allah, semoga pelajar-pelajar saya dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.....

Friday, July 10, 2009

Sayang anak...

Minggu lepas, sekolah tempat aku mengajar ada buat hari terbuka, maksudnya, ibubapa perlu hadir ke sekolah untuk mengambil slip peperiksaan anak mereka disamping itu guru-guru tingkatan perlu memberi komen tentang tingkah laku anak-anak mereka di sekolah..

Sebagai guru tingkatan, aku terlibat secara langsung untuk mengadu perihal anak mereka di sekolah...

Penat sangat hari tu, suara aku serak ala-ala Ella jadiknya, asyik bercakap jer...

Aku berkata, " anak Puan kadang2 sangat bising dalam kelas, kdg2 suka kacau kawan, saya tegur-tegur juga dia".... (Ayatku penuh bermakna, sebenarnya aku nak kata, 'kalau saya nak pukul anak puan boleh ke?? Hehekk..) Macam boleh baca isi hatiku jer Ibu budak ni... Dia kata, "kalau cikgu nak pukul dia pun takpe, dia memang nakal pun..."

Haha.. Misiku berjaya.. Kalau aku pukul budak nakal pun aku dah tak dikira bersalah sebab aku dah mintak izin ibu-ibu mereka kan kan??hehe..

Jadik sapa yang tak dengar cakap cikgu imah, pembaris besiku menanti tangan anda...

Lgi satu cerita, ada sorang budak ni, Masa ujian mac dapat 1 D dan yang lain semua E, Exam pertengahan tahun pula dapat semua E... Aku pun cakap, "Ini result anak puan, sebenarnya saya agak risau dengan kepetusan anak puan....."

TANPA AKU sempat menghabiskan ayat, Si Ibu ni berkata, "Bulan Mac result dia agak OK yer?? (Laa pulak?? ok ker semua E??) Tahu la sayang anak pun, tapi dengar la dulu apa aku nak cakap mcm mana anak dia kat sekolah dan kenapa dia bleh fail semua.... huhu...

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Tan Sri Muhyyidin Yassin telah mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan mulai 2012 iaitu 3 tahun lagi.

Aku gembira saat berita ini diumumkan...

Memang kerajaan sendiri mengakui kelemahan PPSMI. Sejak dilaksanakan pun, bukan semua guru mengajar 100% dalam BI. Kebanyakkannya dwibahasa(aku pun sama). LIHAT http://www.malaysiakini.com/news/108091

Tapi kenapa 3 tahun lagi??
Adakah demi pelajar? Ya mungkin...

Saturday, June 27, 2009

Terima kasih cikgu

Beberapa minggu ni agak sibuk... Hari sabtu selalu je kena gi sekolah, sekolah ganti la, LADAP(latihan dalam perkhidmatan) la.. Tak leh nak g pusing2 KL hari sabtu... Haha...

Skg cam rasa sedikit malas nak menulis2 di sini... Huh.. Sebab tu lama ja tak update...

Hari-hari ku di sini aku lalui dengan perasaan yang ku cuba untuk bergumbira selalu.. Kekadang ku sangat tensen dengan kenakalan pelajar di sini... Ada juga penawar tetapi racun lebih banyak...

Bila aku layan baik, budak pijak kepala.... Bila aku garang budak jadik tak suka... Bila aku berlembut, budak tak buat kerja... Bila aku berkasar, budak jadik biadap....

Jumaat lepas aku pergi sekolah pakai jubah, bebudak ni pun bergosip, "Cikgu Naimah pakai jubah laa"... Gosip yang lebih dahsyat... " Cikgu Naimah mengandung?? tapi kan Cikgu Naimah kan tak kawen lagi" Aiyoooo.... pakai jubah dikatanya mengandung pulak... Kah kah kah... Kesian Cikgu Naimah kena gosip...

Yang baik pulak(baik ker??)......
HABIS KELAS....
"Terima kasih cikgu"(nada upin dan ipin ucap terima kasih kat cikgu)
.... Beberapa pelajar ingin bersalam dengan cikgu Naimah untuk ucap terima kasih.... Alahai..Kekadang aku ada air sembahyang laaa, kang kena ambik semula... Bila tak sambut salam tu cam kesian pulak budak2(form 1) ni ikhlas nak salam.....
Sekurang2nya masih ada pelajar yang tahu menghormati guru TAPI bagi aku kalau nak ucap terima kasih tak perlu salam pun takpe... huhu...

Balik cuti sekolah hari tu jumpa ex-student aku masa aku praktikal... Jumpa kat centre square... Jumpa lagi sorang ex-student masa aku mengajar sementara kat teknik di wisma keladi... Betapa kecil dunia ini.... So sweet bila ditegur pelajar... hehekk...

Sunday, May 17, 2009

Dan Sebenarnya....

dan sebenarnya.....

adakah perasaan benci ini
sebenarnya CINTA....



lagu yang aku nyanyi di dalam kereta... hehekkk..

Friday, May 15, 2009

Hari Keluarga SGF

Persatuan silat gayung fatani sekolah aku baru2 ni ada buat hari keluarga, idea ni datang dari cikgu Zul yang juga guru penasihat persatuan ni.. Ermm, disamping dapat mengeratkan siraturahim, dapatla bebudak ni makan2... hehekk...

Antara makanan yang disediakan hari tu... bihun goreng, ayam special, kek pisang, buah tembikai... nyam2... nyam2....

Pesertanya semua lelaki, mestila kan dah sekolah lelaki... hehekk.. Aku je sorang bunga di situ.. haahaa...
Antara orang2 kuat persatuan ni... Pose dulu yer, nanti sambung makan...
Sedapnyer... Bebudak ni yang hepi sangat bila dapat makan2... Dari awal lagi dok tanya bila nak makan bila nak makan... hehehkkk
Ni antara permainan yang diadakan... Chayokk!!

Monday, May 11, 2009

Hari ibu....

Semalam, lepas maghrib, aku kol mak... Belum sempat mak cakap pape dan tanpa aku memberi salam dulu, aku terus jer cakap, "Selamat Hari Ibu Mak!!!"...

Mak kata, "terima kasih".... Mak kata aku la yang terakhir wish kat dia.. Hehehe... Maksudnya mak menanti-nanti kan aku wish... Aku selalu konfius tarikh hari ibu nie.. Konfius2.... Bagi aku, setiap hari adalah hari ibu... Kerna setiap hari, aku sentiasa ingat kat mak aku...

Saya sayang mak!!!! =)

Thursday, April 23, 2009

belajar + mengajar



Hari ni (23/4), sekolah aku ada buat sukan sekolah. Bermula pukul 7.30pg habis dalam pukul 1.30ptg. Ermm.. hari ni tak mengajar laa... Balik rumah, dah tak tahu nak buat apa, aku pun merajinkan la diri aku menaip di sini. hehekk... Lepas tu saja2 la taip nama sekolah aku ngajar skg kat youtube, dan ini video yang aku sempat tengok yang ada kaitan dgn sekolah aku...hehekk..

Video ni diambil di sekolah aku, mungkin ex-cikgu sebelum ni yang buat. Dan aku suka tengok video ni.

BB the best... :) Hehe...

Semua kerja pun ada suka dukanyer. Skg aku cuma nak crita kisah suka aku di sini bersama pelajar.

Aku mengajar di sesi petang dan ini bermaksud aku hanya mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Pelajar tingkatan 1 dan 2 ni, aku dpt lihat sikap mereka yang manja dan keanak-anakkan lagi... Cth ayat lucu yang stp hari aku akan dengar.... " Cikgu, dia ejek nama bapak saya cikgu." atau dia akan cakap, "cikgu, dia kacau saya cikgu." Lagi.... "cikgu, dia ambil pen saya cikgu". Huh...

Setiap hari aku perlu melayan stp kerenah mereka....

Sama mcm cikgu dalam video ini, aku juga selalu je lepaskan pelajar2 keluar rehat dan balik rumah lewat sedikit. Aku tak bagi diorang keluar selagi mereka tak siapkan kerja. Diorang perlu tunjuk buku diorang kat aku dulu baru aku percaya yang diorang dah siapkan kerja. Dek nak keluar cepat, bebudak ni pulun la buat kerja. Bayangkan sorang2 datang depan tunjuk buku. Mendengar cakap juga mereka ini, baik betul...

Walaupun tidak semua namun masih ada yang menyapa aku bila terserempak, "hai cikgu". " Good afternoon teacher". At least, masih ada lagi yang menyapa cikgu bila berselisih jalan... =)

"Tq teacher", "terima kasih cikgu"... Aku suka dengar ayat ni bila bebudak ni cakap pada aku...

ATAU bila aku sampai sekolah, ada budak kata, "cikgu, nak saya tolong angkat beg cikgu ke??"... walaupun hanya ada 2-3 orang pelajar je macam ni, tapi aku rasa bebudak ni kesian jugak tengok cikgu angkat banyak barang....

Perkara yang paling mengembirakan aku adalah bila pelajar aku faham apa yang aku terang kat depan kelas...

Thursday, April 9, 2009

kecil hati...

Kadang-kadang terasa diri ini sangat sensitif....
Tiba-tiba rasa kecil hati....
Tak tahu kenapa....
Adakah orang itu faham yang aku kecil hati dengannya....
Bila kecil hati atau terasa dengan seseorang....
Aku akan diam ja....
Tak bercakap sepatah pun dengan orang itu....
Kenapa aku perlu berkecil hati.. huh

Wednesday, April 8, 2009

marah sebab sayang??

Bila bergelar seorang guru ni, aku tak dapat nak lari dari nak marah-marah bebudak aku ni. Sampaikan satu hari tu ada sorang budak ni cakap, "cikgu napa marah sangat ni, nanti dapat penyakit". Huh...

Pantang betul aku bila aku dok tengah explain kat depan, ada budak bercakap kat belakang. Huh.. Tak tahu laa, budak-budak ni memang suka bercakap. Sekarang aku dah jadik sedikit ganas. saper-saper yang cakap banyak, aku sumbat jer mulut diorang dengan kertas. Aku tak bagi diorang buka kertas tu sampai kelas aku habis.

Pertama, bila aku buat macam tu, bebudak yang lain juga turut diam. Aku akan sumbat mulut diorang setelah 3 kali amaran aku bagi. Jadik, diorang tak boleh nak marah2 aku sebab diorang sendiri yang mengaku diorang bising. So,itulah hukumannya...

Aku marah-marah bukan sebab aku benci kat bebudak ni. Niat aku, aku nak semua orang dengar apa yang aku sedang terang kat depan. Kalau bising, macam mana nak faham, aku nak diorang tumpukan perhatian jer.

Takder la, aku dapat gaji, so, dah jadi tugas aku la kena mengajar sampai diorang faham. Lagi..... aku nak bebudak ni beradab sket dengan cikgu. Bukan nak suruh hormat cikgu macam raja tapi sekurang-kurangnya hormatilah guru itu seperti menghormati ibubapa mereka...

Monday, March 16, 2009

If I Were A Boy

Lagu ni dinyanyikan oleh Beyonce. OK jugak, sedap didengar. Jika aku seorang lelaki apa yang aku nak buat yer???

Sunday, March 15, 2009

Ujian Tuhan....

Suasana sedikit tegang ketika aku memasuki kelas 1 Nekad hari itu ( 10 mac 2009, selasa), suaraku sedikit tersekat ketika menyuruh pelajar diam(mode sedih). Cikgu Hafizi yang ketika itu berada di koridor dekat kelas 1 nekad membantuku mengawal kelas yang bising itu, mungkin aku sudah tidak punya kekuatan lagi untuk mengawal kelas ketika itu.

Aku memasuki kelas ketika itu bukan untuk mengajar tetapi untuk mencari beg duit aku yang hilang.......... =(

"Dalam pukul 5.30 petang, beg duit saya didapati telah hilang. Kejadian itu berlaku ketika saya berada di bengkel kemahiran hidup di sek saya". Itu antara laporan polis yang aku telah buat. Aku telah kehilangan beg duit yang dihadiahi kawan saya ketika besday aku yang lepas, wang dalam rm50, ic, lesen, kad bank. DAN aku amat menyukai beg duit itu. huhukkk..

Walau apa pun yang berlaku, mungkin ada hikmahnya, mungkin ALLAH sedang mengujiku. Abah pesan kena banyak sabar, ujian Tuhan tu kata abah.

Lecehnyer kerna aku terpaksa buat ic baru, lesen baru, kad bank baru. Kena bayar denda pulak. hehek..
IC: Denda buat ic rm40 + rm10(wang proses) = rm50.
Lesen: Perbaharu lesen 1 tahun rm30 + denda hilang lesen rm20 + ambil gambar rm 15 = rm65.
Kad bank: rm8 untuk buat kad baru + rm10(wang proses) = rm18

Jumlah kerugian yang aku alami rm133, itu tak termasuk rm50 yang ada dalam beg duit aku yang hilang itu, tak termasuk juga dengan duit minyak sebab terpaksa ke jabatan sana dan jabatan sini... Sedih kan.. huhu...
Dengan sejumlah wang sama aku dah boleh baju baru kan kan kan... Tapi, benda dah jadi. Aku terima ia sebagai pengalaman hidup aku DAN lepas ni for sure la aku akan lebih berhati-hati.

Ini merupakan kes sedih yang kedua yang berlaku pada aku sepanjang 4 bulan di Selangor ni. Sebelum ni kereta yang aku baru ja pakai selama 2 minggu kena langgar(bukan salah aku>> dah settle, budak tu dah bayar duit)
Semua ni ujian dan ujian lagi untuk aku.

Dengan ujian yang aku alami ni, aku dapat kenal siapa yang betul-betul kawan aku. Alhamdulillah, aku punya kawan dan sahabat yang baik. Terima kasih buat mereka..

Thursday, March 12, 2009

kembara....

Kembaraku sejauh 4oo KM ke negeri orang. Tiada saudara-mara juga tiada siapa, yang punya hanya lah teman2. Buat teman ku, aku amat berterima kasih atas segala bantuan yang diberikan, membantuku menerokai kehidupan baru, meminjamkanku kereta, sentiasa ada untuk membantu. Itulah teman, kawan, sahabat dan

Pengalaman mengajarku erti tabah dan sabar. Tidak bergaji dalam tempoh 4 bulan di bandar besar dengan segala perbelanjaan amat menguji kesabaran. Bukan mahu merungut. Maafkan saya wahai ayah dan bonda, walaupun sudah bekerja namun saya masih meminta-minta duit buat perbelanjaan harian. Saya amat bersyukur punya ibubapa seperti kalian, Alhamdulillah...

Aku kini bergelar seorang guru. Memilih kerjaya guru memang atas pilihanku sendiri. Kembaraku ku kini bermula. G + U + R + U = guru........