Monday, September 14, 2009

Dah nak Raya!!!...

Tinggal beberapa hari saja lagi, aku nak balik kampung beraya!! YEYE!!!.. Raya tahun ni sangat berbeza sebab tahun nie aku dah mula keja, maksudnya aku dah kena bagi duit raya kat anak2 buah aku....hehekkk

Aku balik jumaat ni lepas sekolah, harap2 perjalanan aku berjalan dengan lancar..... Rasa kejab sangat datang sekolah sebab aku baru jer lepas cuti 3 minggu termasuklah cuti penggal sekolah seminggu dan cuti yang aku ambik untuk ke umrah....

Banyak cerita 'best' berlaku kat aku sekembalinya aku ke sekolah setelah cuti 3 minggu hari tuh......

Bebudak ni panggil aku 'hajjah' yang kononnya diorang ingat asal balik Mekah je dapat gelaran 'Hajjah'... Penat aku nak explain bagi diorang faham....

Sebenarnya aku tak bagitau sape2 pun yang aku nak ke Mekah kecuali housemate2 aku je... Kat sekolah pun hanya pengetua dan kerani je yang tahu sebab aku perlu berurusan dengan mereka untuk mintak cuti.... Tapi balik jer dari umrah, aku rasa semua orang dah tahu termasuklah murid2 yang aku tak ngajar pun.....

Aku tak nak cerita lagi pasal sekolah.... Tak sabar nak beraya......

"SELAMAT HARI RAYA"
mAaF zAHiR dAN baTIN....

No comments: