Tuesday, August 11, 2009

Cerewet

Isnin, 10 ogos 2009, 10.45 malam

Dalam masa 35minit sahaja, aku berjaya menghabiskan 1 bab dalam tajuk pengangkutan dan perhubungan awal di Negara Malaysia(geografi).

Bebudak ni pun kata, “ cepatnya cikgu dah habis 1 bab ”…. Ini lebih kurang perbualan aku dengan bebudak ni di kelas”

Pelajar 1 : Dah habis ke cikgu bab ni??

Aku : Ya, bab ni sikit je dan senang je, lebih kurang macam awak belajar sejarah jer.

Pelajar 2 : Cepatnya dah habis 1 bab…

Aku : Kena cepat sikit la, nanti seminggu saya tak datang sekolah..

Pelajar2 semua : Yeahhh… Yeahhh… (ramai-ramai bergumbira bila aku kata aku tak datang seminggu)

Aku : Owh…. Awak semua hepi yer saya tak datang seminggu, xpe…(ayat konon2 merajuk dengan sikap bebudak)

Pelajar 3 : Tak cikgu, kitaorang semua ‘sedih’ cikgu taknak datang sekolah seminggu(ayat pura2 bebudak ni)… Kitaorang pasti akan merindui kecerewetan cikgu nanti….

Aku cerewet??? Owhhh TIDAK!!!

Aku : Oleh sebab awak semua ‘sedih sangat’ sebab saya tak dapat datang sekolah nanti, saya nak bagi kerja rumah banyak2 supaya awak semua sentiasa ‘mengingati saya’….

Pelajar2 : Cikgu… taknak kerja rumah!!….

Itulah pelajar2 ku, konon2 kelas paling pandai tapi malas buat kerja sekolah…huhuhhhhh

Aku dikata sangat cerewet sebab aku bagi banyak sangat syarat untuk folio mereka.. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini…. Aku tak la rasa diri aku sangat cerewet tapi cuma aku nak mereka semua buat yang terbaik untuk folio tu, taknak la hanya melepaskan batuk di tangga…….

No comments: