Tuesday, August 12, 2008

Volkswagen


11 ogos 2008, 5.00ptg.

Aku baru balik dari USM mengambil jubah serta selesaikan beberapa perkara. Aku pergi dengan K.cik(kawan sekampung, se’sekolah, se’matrik, dan se’U’) naik kereta volkwagen. Sebenarnya, ni first time la aku drive sendiri ke USM, selalunya aku naik motor je @ naik bas @ abah hantar @ tumpang k.cik kalau nak ke USM.

Kali ni aku nak kata, para pemandu hari ini begitu ramah sekali di jalan raya…hehekk. Kenapa aku cakap macam ni?? Hehe.. Tersebutla kisah……

Aku mencari-cari lorong ‘touch n go’, ku masuk lorong yang betul… Aku melekapkan kad di tempatnya, palang itu pun terangkat memberi laluan kepada kereta yang ku pandu itu. Ku dengar suara 2 orang lelaki menegurku, ‘ hai kak, cantik kereta kak’, ku mengukir senyuman dan membawa kereta terus menuju ke jambatan.

Jambatan hari ini tidak berapa lancar, mungkin juga disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian yang giat dijalankan itu.. Aku tetap sabar memandu wpn hanya menggunakan gear 1, memang sangat perlahan. Aku lebih memilih untuk memandu di lorong kiri. Sampai di hujung jambatan, kereta agak dapat berjalan dengan lancar. Sebuah kereta Waja di lorong kanan membunyikan hon ke arahku.. pon pon pon….

Terkejut aku dibuatnya sehingga terangkat bahu ku... Aku tidak melakukan sebarang kesalahan, kenapa dia membunyikan hon kepadaku, aku mula terfikir2 di dalam hati. Sekali lagi dia membunyikan hon, aku melihatnya, dia mengetuk2 dahi dikepala dengan tangannya, mugkin dia rasa bersalah kerna telah membuatkan aku rasa terkejut, aku hanya tersenyum melihat tindakannya.

Kemudian dia membunyikan hon untuk ketiga kalinya dan menunjukkan ‘tangan best’. Ooo… baru kini ku faham, dia ingin ‘menegur’ kereta ini barangkali… Aku dan kak cik mula ketawa besar dan kak cik berkata, ‘’femes’nya naik kereta ni’…. Dan… kami terus ketawa dengan pelbagai gelagat pengguna jalan raya.

Selesai segala urusan di sana dan berjumpa kawan-kawan, aku terus pulang. Wah, ramai juga sahabat handalku yang ingin menukar status dari anak dara ke status isteri orang, ku ucapkan tahniah dan moga berbahagia selalu hendaknya.

Sebenarnya balik tu pun ada lagi bebenda yang berlaku, tapi cukup lah setakat ini aku bercerita tentang volkwagen.

Perumpamaan yang aku dapat fikir sesuai tentang cerita aku ini, macam ni… aku rasa laa.. Andaikan dalam satu majlis, semua tetamunya memakai baju kurung, tetapi aku sorang je yang pakai seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek. Apa reaksi orang lain ketika itu?? Tentulah mereka semua akan memandang aku dengan semacam peliknya kan kan(kerna aku berbeza dari mereka)……
Boleh tak kalau aku cakap perumpamaan ini sama macam bila aku naik kereta ini. Alasan aku?? Kereta volkwagen ni jarang juga nak tengok perempuan yang bawa, Betul?? Lagi?? Jarang juga kita tengok ia berada di jalan raya. Betul?? Anda boleh betulkan saya andai anda tidak setuju dengan pendapat saya…

Tukar tajuk……hehe
Habis cerita kereta, aku nak cerita pula pasal dapur… Tersebutlah kisahhhhhhh….

Abah terasa nak makan cucur pisang petang tadi, aku pun gorengkanlah untuknya. Dipendekkan crita…. Semasa nak angkat cucur pisang ini dari kuali ke pinggan(api masih bernyala).. entah bagaimana ia berlaku, api menyambar kain di sebelah dapur itu. Api bernyala agak kuat(bakar kain itu), aku tak boleh alihkan kain tu sebab melekat kat dapur….

Takut aku jadinya.. Tindakan pantas aku. “Mak.. tolong…api... ada api mak”.. Sepantas kilat juga aku membuang kepala gas. Bukan apa, kalau api sambar gas tu pulak, meletup laa. Lepas tu, aku ambil tudung periuk kipas2 api tu(dengan harapan ia akan padam).. Tapi, api agak kuat juga, tak boleh padam hanya dengan angin.

Mak aku sampai je dapur terus simbah air kat api tu dan api pun terpadam... Aku tak nak guna air tadi sebab kotor dapur nanti tapi nampaknya cara ni lah paling berkesan pun…….Alhamdullilah takde apa yang berlaku kat mak dan aku, Melecur pun tidak. Dalam story ni, mak la superwoman aku, ye tak?? Penyelamatku di kala bahaya..hehe

Jadi, bahaya juga yer duduk kat dapur ni. Jadi, lelaki harus berterima kasih kepada kaum perempuan yang sentiasa berada di dapur. Terutama yang dah berumahtangga laa. Kaum perempuan boleh terdedah dengan bahaya di dapur tau. So, puji-pujilah masakan isteri anda wpn pun tak berapa sedap, sekurang2nya hilang penatnya memasak di dapur yang ‘penuh bahaya’ itu…hehekkk

Hari-hariku agak mencabar wpn hanya berada di rumah….. hahahaaaaa… =)

3 comments:

teratakdamai said...

Tahniah..

teratakdamai said...

Komenku yang pertama;
Tentang Volkswagen..
Kereta volkswagen tu kereta antik. memang jarang wanita yang bawa. Lebih-lebih lagi wanita ayu lagi comel yang bawa..kan?..Kedua, mengimbau kembali filem lima belas tahun lalu tentang 3 dara dan 3 jejaka. 3 dara tu sering drive volkswagen..(tak ingat apa tajuknya tapi lakonan Shah Reza, Abby Saiful dll)..Ketiga, barangkali sipemandu kereta waja tu honkan keretanya kerana nak pastikan yang memandu volkswagen tu manusia betul..ada ceritanya, katanya kalau volkswagen potong kereta kita, jangan potong semula..takut2 kalau2 tak dak pemandu!..Apapun, awak hebat dalam memandu kereta besar lagi gagah.
Tentang analogi dalam majlis, kita aje yang lain dari yang lain..Orang pakai baju kurung, kawak pakai seluar pendek dan baju pendek..Memang lain sangat..Tapi, saya pun suke tengok!!hehe

Komenku yang kedua;
Tentang Superwomen..
Itulah IBU. Tanpa ibu, kita kesunyian, walau dalam keramaian. IBU sangat berkuasa dalam naluri kita. Kata orang, kalau gajah menyerang, panggillah ibu, ibu, ibu...nescaya simpati drpd gajah tersebut kepada kita..hebatkan!!(nak tahu lebih lanjut, layarilah http://lokmandayat.blogspot.com - tengok edisi Julai)..promote sikit..hehe

Komenku yang ketiga;
Tentang penukaran status..
Menarik dengar cerita tentang tu ye..tapi lebih menarik jika kita yang alaminya..Bila lagi ye??hmmm

Komenku yang keempat;
Tentang penulisan..
Tahniah..Penulisan yang hebat..Membawa pembaca bersama dalam peristiwa tersebut..teruja saya..

Akram_imah said...

tq atas komen yang bernas dan panjang itu!!