Wednesday, August 20, 2008

Ketentuan Ilahi..


Sekarang jam di dinding menunjukkan pukul 8.47pagi. Segalanya nampak biasa hari ini tapi ada satu yang berbeza...

Fikiran aku masih teringat pada seseorang. Sukar untuk aku percaya apa yang aku dengar semalam tetapi itulah yang diperkatakan oleh ramai kenalanku...

Bekas teman sebilik aku (ex-roommate) yang juga merupakan junior aku di Usm tiada lagi di dunia ini. Aku tidak menyangka dan langsung tidak terduga tetapi itulah ketentuan Ilahi. Hidup mati kita Allah yang tentukan.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya kerana semalam mayatnya masih sedang dicari di Teluk Bahang.

Dia gadis yang cantik dan aktif dan baru berumur 21tahun...

Apa yang aku mampu buat, aku hanya mampu berdoa...... Al-fatihah


(ini aku ambil dari Kosmo online)
Tunang hilang jetski terbalik

PASUKAN penyelamat berusaha mengesan Najmah yang dikhuatiri lemas di Pantai Kem Pengakap, Pulau Pinang semalam.

PULAU PINANG - Percutian sebuah keluarga di Pantai Kem Pengakap di Teluk Bahang dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semalam.

Mangsa, seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) terjatuh ke laut selepas jet ski yang dinaiki ber sama tunangnya terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah ha ri itu.

Najmah Nor Ismail (gambar kecil), 21, yang berasal dari Kajang, Selangor adalah penuntut tahun akhir jurusan Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan di USM.

Ketika kejadian, mangsa bersama keluarga tunangnya, Mohd. Zulkhairy Haris, 27, menginap di sebuah banglo di tepi pantai itu sejak kelmarin selepas mereka tiba dari Kajang sempena cuti sekolah.

Menurut seorang ahli keluarga Zulkhairy, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

"Ketika itu, jet ski itu ditunggang Zul khairy manakala mangsa dan adik Zulkhairy, Puteri Shamil Nabila Haris, 10, berada di belakang sebelum terbalik.

"Zulkhairy sempat memeluk Puteri Shamil manakala Najmah terus tenggelam," katanya.

Difahamkan, Najmah baru bertunang pada Mei lalu dengan Zulkhairy yang bertugas sebagai pensyarah.
Aku masih berharap agar Najmah dapat ditemui dalam keadaan yang selamat...

6 comments:

teratakdamai said...

display yang menarik..wah, ni nak kena ajar saya buat ni...

Camne buat yer??

Seronok explore blog ni...

teratakdamai said...

Saya merakamkan takziah kepada keluarga mangsa..

Al-fatihah

Akram_imah said...

saya pun x habis xplore lagi, tahu sikit2 aje...

tp, boleh la nak ajar yg mana tahu..

cikgu lok ubahla background pastu tambh la header...

rasa sedih juga dgr berita Najmah ni wpn sy tak serapat mana dgn dia tp ttp rasa sayu juga laa

teratakdamai said...

Ya benar...4 perkara ditentukan (ditangan) Allah iaitu ajal, maut, jodoh, rezeki..

Kita tidak tahu di mana dan bagaimana keadaan kita bagi 4 perkara berkenaan...

maka marilah sama-sama kita berdoa agar nasib dan ketentuan kita sentiasa baik dan dirahmati selalu...amin
[ps:sebagai bacaan tambahan, bacalah dalam blog http://lokmandayat.blogspot.com dalam edisi Julai ttg surah al-Fatihah]...amin

Akram_imah said...

Mayat Najmah telah dijumpai stlh 48jam oleh nelayan di situ..

Doaku kepada Najmah agar dia ditempatkan dalam golongan orng2 yng bertaqwa...

Amin..

Unknown said...

salam.. thanx coz doakan arwah yang baik.. Tuhan saja lah yg dapat balas jasa baik kalian..