Tuesday, August 12, 2008

??????????

Dia hitam…
Tapi manis…
Aku sudah tertawan..
Aku intai-intai..
Tapi sudah berpunya..
Ku ingin juga..
Tak kisah apa nak jadi kerna aku sudah tertawan…

Aku sedang bercerita tentang kopi yang kak ipaq( kak Idah) aku bancuh.. Memang sedap sangat dia bancuh, nikmatnya tak terkata…

Dia kata resepinya macam ni tapi bila aku yang bancuh, rasa kopinya tak sesedap kak ipaq aku bancuh.. nape yer?? Huhu…

2 sudu gula + 1 sudu kopi + air panas = kopi O yang sedap

Aku tahu kenapa air kopi aku tak sama macam Kak Idah punyer…. Sebab aku tak tahu sukatan air tu banyak mana, ye tak ??? Dia kata agak-agak jer, yelah, tak kan nak cakap 200 ml air ke 300ml ke, mana la k.Idah sempat nak ukur plak ye…

Pastu dia kata pulak, nak senang sukat air tu pakai mug.. Pastu aku pun try… Tapi tak jadi jugak.. Nape ni?? Oh… yela, aku cedok kopi dan gula tu banyak mana pulak, aku ambil banyak ke sikit ke..

Jadi, nak kopi yang sedap, carilah kak Idah jgn cari aku…hehe..

Penjelasan……………….
Dia hitam…. Kopi kan warna hitam
Tapi manis…. Manis la bila dah boh gula
Aku sudah tertawan…. Aku rasa suka minun kopi dia(kak Idah)
Aku intai-intai…. Tengok kopi atas meja
Tapi sudah berpunya…. Cukup-cukup sorang secawan je
Ku ingin juga…. Nak gak, tak kisah sape punya kopi…..hehekk

Sekadar hiburan…. tapi betul, kak ipaq aku memang pandai bancuh kopi…
Post kali ni nak crita pasal kopi kak ipaq aku yang sedap je ni….

Loghat kedah yang aku guna:
Boh = memasukkan sesuatu benda
Ipaq = ipar = suami atau isteri kepada kakak atau abang kandung kita

1 comment:

teratakdamai said...

Hahahahaa....

Pandai awak ye..
Dasyat..

Seronok baca..

Saya tak tahu apa nak kata lagi tentang penulisan dalam blog awak..

Yang saya tahu ialah saya mahu menjadi peminat nombor wahid (satu) blog awak..dan apa salahnya jika saya juga menjadi peminat no wahid awak!!

Boleh berkenalan....hhmmmmm