Friday, August 22, 2008

Balik Merbok...

Aku dah bersiap-siap nak balik Merbok setelah 4 hari 3 malam di rumah kakak kat Pengkalan Hulu ini...

Ermm, esok ada kenduri kat Perlis. Kawan baik aku merangkap ex-roommate aku di tahun 1 dan 2 kat USM... Hadiah dah aku beli hari tu kat pesta konvo kat usm, beli ala-ala kadar je la, setakat termampu dan ia sebagai tanda ingatanku padanya...

Family aku pun nak pergi juga, yelah, aku memang rapat dengan Lia, dia dah pernah datang rumah aku beberapa kali...

Yang bestnya, esok bukan Lia sorang je nak kahwin, kedua-dua adiknya pun sekali. Dan ia menjadikan 3 pasangan pengantin esok. Mesti meriah, cam best jer, ye tak??

Kepada Lia;
Semoga berbahagia selalu ku ucapkan...
Semoga ikatan yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat...
Ermm, cepat-cepatla dapat baby.. hehe.. Leh jadi mama angkat.. Ahaks...

Ex-roommate(tahun 1 dan 2) aku yang sorang ni tentunya sedang berbahagia... Ex-roommate(tahun 3 dan 4) aku yang sorang lagi sudah tiada lagi di dunia ini.

Sedekahkan al-fatihah kepada Najmah wahai kawan-kawan yang membaca ini..
Doakan kebahagiaan Lia yang ingin memasuki alam baru(alam perkahwinan)

Amin...

6 comments:

teratakdamai said...

Tahniah..Wah, cantiknya blog awak!!Saya tak nak belajar buat blog mcm awak lah tapi saya nak minta awak tlg buat display blog saya menarik mcm awak..bleh??

teratakdamai said...

Salam Cikgu I..

Tahniah atas 2 perkara;

Tahniah pertama;
Kerana mencipta blog peribadi yang baik dan menarik. Saya secara peribadi sangat suka melewati blog ini..Sehingga saat ini, saya asyik melewati blog cikgu i sampai tidak berganjak membuat kerja lain..Dalam blog ini, paling saya suka melihat seseorang pada bahagian penjuru atas sebelah kanan..manis senyuman, lirik mata menarik, pipi merah delima, dll..(cukup!!taknak puji lebih-lebih)..nak minta tlg ni..tolong la buatkan untuk saya..tak nak tlg ajar je, tlg buatkan !!boleh ke?

Kedua;
Tahniah kerana telah menjdai cikgu..walaupun sementara..anggap ia sebagai wadah menjadi cikgu sebenar nanti..Tapi konpius, bebudak tu panggil apa ye, cikgu ke kakak??hehe

teratakdamai said...

hyfhgfcngc

Akram_imah said...

alahai ckg lok,
tak payah la susah2 memuji, tak puji pun, saya boleh nak tlg...

TAPI....

saya kat sekolah skg, jadi, saya akan 'make-up' blog ckgu slow-slow... maksudnya, hari ni sket, esok sket, lusa sket sehingga ckgu lok puas hati, BOLEH??

DAN.....

Ckgu lok perlu beri saya 'username' serta password nya pada saya.

ckgu lok juga perlu bagitau saya nak kaler ape, nak letak ape lg, nak template penuh ke dll........

Akram_imah said...

perkara-perkara yg ckgu lok perlu bgtahu saya:

1)username n password(can sms me-don't show ur password to everybody, if u want to, I don't mind..haha)

2)kaler blog

3)gadget2 yg ckgu lok suka- (e.g: jam, hit counter etc)

4) kata-kata/ ayat puitis/ poem / sajak dll(if u want laa)

5) tlg reka ayat kat saya seksiap... please...

teratakdamai said...

Thanks alot cikgu...wow, fantastic!!