Tuesday, August 12, 2008

Bicara soal cinta part 2


Post ini saya dedikasikan khas kepada sorang kawan saya yang tinggal di Baling(bekerja di Pengkalan Hulu dan berasal dari Langkawi) sebab dia yang tanya soalan ni…. Dia tanya, apa makna cinta? Dan apa beza umur 18 dan 23 tahun. Ini mungkin respon dari dia setelah baca post aku yang lepas.
(Ape ni sekejab ‘saya’ sekejab ‘aku’ ni, saya pakai ‘aku’ ye sebab lebih selesa bila tulis dalam blog)

Aku tulis ni berdasarkan pemikiran aku semata-mata, jadi sebarang ketidaksamaan pendapat kita, harap dimaafi. Aku cakap siap-siap ni, jadi, nanti jangan datang bawa parang serang aku sebab marah aku tulis fakta salah..hehekk.

Kalau orang tanya aku spontan je makna cinta, aku jawab la love is mystery, ada orang cakap love is misery kot(dia frust kot).... apa-apa aje laah..

Cinta adalah perasaan yang terlalu dalam dan susah untuk diperolehi. Keliru antara cinta dan sayang??. sayang lebih ringkas tetapi cinta lebih kompleks. Maka, sayang adalah sebahagian dari cinta. Bahasa matematik, kita sebut, sayang adalah subset kepada cinta. Jadi, perlu ada rasa sayang sebelum nak bercinta.

HAMKA kata, ‘cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis tali sedan tapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan’. Wah, puitisnya kata-kata dia.

Dalam buku psikologi cinta ada sebut…..‘cinta yang didambakan adalah cinta yang merangsang perasaan, cinta yang menaikkan semangat perjuangan dan cinta yang memberi makna dalam kehidupan’. Ya, saya sangat setuju!! =)

Apa beza umur 18 tahun dan 23 tahun ke atas?

Okay, cuba ingat balik waktu kita berumur 18 tahun, kat mana kita?? Kebanyakan orang waktu tu mula keluar rumah, study ke kerja ke.. Ye tak?? Betul kan. Kan dah habis SPM. Kita mula bertemu ramai orang. Cinta mungkin boleh berputik ketika itu.

Bila bercinta niatnya memangla nak kawen(kalau tak niat macam ni kita mungkin boleh terpesong dari landasan yang betul, ye tak??). Kalau kita bercinta pun waktu tuh, ada ka orang nak tanya kita, bila nak kawen nih?? Mesti takde punyalah, yelah, baru study, sapa nak bagi kawen kan..

Tapi, malangnya.. bercinta tak semestinya berkekalan. Banyak faktor ni, mungkin dah bertukar tempat belajar, dah bertukar tempat kerja, mak bapak tak kasi bercintan muda2 dan sebagainya. [ yang betulnya takde jodoh, ye tak?? ]

Okay, umur 23 tahun ke atas pulak…. selalunya kebanyakkan orang dah habis study. Kalau yang ambil medic tu belum laa kot. Yang aku cakap ni kebanyakkan orang laa. So, apa berlaku ketika ini?? Ya ampun, orang asyik tanya bila nak kawen jer, betul tak?.

Kalau dia tak tanya direct pun dia akan tanya indirect laaa, CONTOH: ‘oo lepas ni tak lama boleh la nak makan nasi minyak’ ATAU, ‘tunggu apa lagi ni, belajar dah habis’… Kalau tak pun, datangla orang2 yang dihormati sekalian membawa hajat besar, ingin menyunting bunga di taman. Ambil la bunga mana yang nak, mak aku tanam banyak pokok bunga tau….hehe

Kesimpulan yang aku ingin katakan di sini adalah…. Bercinta ketika umur 23 tahun ke atas kelihatan lebih serius berbanding ketika diusia yang muda. Stuju tak??

Umur 23 dan 18 tahun tu sekadar angka yang aku letak jer, sebenarnya boleh je kalau aku nak letak 17 tahun ke 25 tahun ke... Tersiratnya, aku ingin kata cinta ketika study ni banyak onak dan durinya dan aku amat mengagumi orang-orang yang dapat kekal hingga ke jinjang pelamin.

Umur 23 tahun ke atas pula aku ingin gambarkan orang itu sudah bekerja, dah stabil, duit pun dah tak mintak kat makpak dah. Dan kalau nak main-main lagi ketika ini, aku tak tahu nak cakap laaa…
Senang je, kalau dia nak main, kita main ngan dia balik, senang crita(baru adil)..hehe…(sekadar lawak yang tak brapa nak lucu je ni! .hehekk)

Aku tak jumpa lirik lagu melayu yang best sebut pasal cinta. Tapi aku suka lirik nasyid kump in-team yang bertajuk ‘kasihku abadi’ ni, dan…. Boleh lihat liriknya kat gambar yang aku dah edit di adobe photoshop kat atas.

Setakat ini aje, jumpa lagi, salah dan silap harap dimaafi… daaa… =)
Betulkan saya andai saya salah……..

To be continued……….
{Talk about love in part 3 will be coming soon!!}

Kawen = kahwin





5 comments:

teratakdamai said...

Tahniah..
Hebat takrifan cikgu imah tentang CINTA dan SAYANG..

Cinta terlalu mendalam dan sesunggunya sangat suci manakala sayang satu perasaan biasa antara kenalan sebelum membuahkan cinta..Betul??Ini takrif yang diberikan oleh awak..

Bagi saya, pyar (disebut pi-yar dalam bahasa Hindi bermakna cinta) adalah hunjaman perasaan dan peperangan psikologi hasil daripada nilai sayang yang sama-sama berjanji bersatu.

Pelbagai cerita dan versi bagi setiap individu dalam mengalami proses percintaan ini.

Saya juga mempunyai perasaan ini. saya sedang membina perasaan ini buat seorang teman (?)..

Sesungguhnya saya menghargai kehadirannya dan sesungguhnya saya sangat sedar akan kehadirannya..

Saya bersyukur mengenalinya dan mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang mengenali beliau.. Sesungguhnya ...............

Sekian..

teratakdamai said...

Cikgu Imah..

Barangkali kasih dan sayang yang hadir adalah berkekalan..Ia tidak pernah pergi cuma sedikit terasa semakin menjauh..

Cinta suatu anugerah agung paling suci buat insan kepada insan lain..

Sesungguhnya .......

(sukar untuk dilafazkan)...

teratakdamai said...

Terima Kasih atas penjelasan cikgu..Nak juga bertanya, cikgu imah pernah bercinta tak?

Sekarang masih bercinta lagi ker?

teratakdamai said...

Suka baca blog cikgu imah...

Akram_imah said...

kpd teratakdamai:

komen cikgu mmg jitu dan padat yer,

kalau cikgu yang huraikan dlm blog cikgu tentu lebih menarik ya.....