Tuesday, September 2, 2008

Guru sementara I

Ini merupakan minggu kedua ku di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Ermm, apa pula yang akan berlaku apa minggu ini aku pun tidak tahu lagi, mungkin bulan puasa ni pelajar-pelajar kat sini kekurangan bateri dan tidak nakal-nakal dalam kelas.. huh…

Teringat aku pada minggu pertamaku di sini… Okey, lupa nak cakap, sebenarnya aku jadi guru ganti jer kat sini. Mungkin dalam 2 bulan je aku kat sini. Aku mengambil alih tempat Kak Hafizah yang mengajar additional mathematics form 4 and mathematics form 5…

Aku dapat 4 kelas, 4T1, 4T6, 5T4 dan 5K1(T=teknik; K=kimpalan). 18 waktu je dalam 1 minggu. Tak macam bila aku buat praktikal dulu, jadual cikgu-cikgu kat sana sangat padat, susah nak jumpa cikgu-cikgu dalam bilik guru. Kalau dulu, cikgu math pun kdg2 kena ajar PJK dan sebagainya. Huh.. (sori, I compared with other school). Jadi, kena kata Alhamdullilah la sebab tak berat aku.. hehe..

Minggu lepas, kelas pertama yang aku masuk adalah kelas 4T1, ini kelas yang baik sebenarnya, agak senang nak kawal kelas ni memandangkan pelajarnya tak ramai, 20 orang jer. Aku dah warning yang aku tak suka ada yang bercakap ketika aku mengajar. Aku hafal nama diorang, ada yang aku dah ingat memandangkan ada yg sama cam nama member2 aku, Afif, Hidayat, Hafiz, Adam…..

Kelas 5K1 pulak ramai sangat la pulak. Dah la besar-besar plak tuh. Kebetulan kelas yang aku msuk tu kelas selepas rehat. Ada yang masuk lambat. 4 orang. Aku kat depan, diorang masuk terus jer ke tempat duduk, takde adap langsung, yelah.. kot-kot la nak kata, ‘cikgu, maaf lambat ke’. Ini tak !!..

Aku pun panggil keempat-empat mereka datang ke depan… Sesi soal jawab pun bermula:
Aku : Kenapa lambat?.
Pelajar: Masuk toilet cikgu, sakit perut..
Aku : Keempat-empat sakit perut?
Pelajar : (sambil pegang perut) Ya cikgu, kami kena beratur, ramai dalam toilet.
Aku : Alasan!! (sori, aku tak terima sebarang alasan)
Aku : Saya nak tanya kamu, kamu bersalah tak kerana masuk kelas lambat??
Pelajar : Bersalah, cikgu…
Aku : Kalau kamu bersalah, kalau saya denda kamu, kamu marah tak??
Pelajar : Kami tak marah, cikgu.
Aku : Kamu yang cakap tak marah kan jadi sekarang saya nak denda kamu. Saya nak kamu nanyi lagu sekolah.
Pelajar : (mereka pun nyanyi dengan malu-maluĂ  nak nyanyi pun ambil masa lebih 15 minit, huh..[rugi masa])
Aku : Saya tak suka ada yang masuk lambat dalam kelas saya, lepas ni jangan ada yang masuk lambat lagi..
(Aku tak sempat ajar pape pun hari tu sb sibuk mendenda plus kelas 1 period je)

Kedengaran sayup-sayup suara sorang pelajar, ‘cikgu, jangan la serius sangat’. Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Dalam hatiku berbicara, bila aku serius pun, ada yang suka-suka hati masuk lambat dan suka cakap banyak, kalau aku tak serius, bukan setakat masuk lambat, ntah-ntah tak masuk kelas terus.…

Loceng kemudian berbunyi tanda waktu kelas math sudah tamat, aku mengemas barang-barangku dan bersedia untuk keluar. Sebelum keluar aku tandatangan di dalam diari kelas di meja ketua tingkatan. Ketua tingkatan berkata, ‘maaf cikgu sebab kelas ni mmg mcm ni’. Aku jadi sejuk perut dek kata-kata ketus tingkatan itu…

Kelas 5T4 pulak. Selepas aku introduces diri dan berkenalan dengan mereka, hafal-hafal nama diorang sket, aku bagi drilling exercises, topic sets. Selepas diorang habis jawab, kita pun discuss.

Waktu discussion tu, aku dengar ada sorang pelajar menyanyi. (Alahai, menyanyi pulak dalam kelas aku!! – Hepi sangat ke dia). Aku suruh budak tu bangun, aku tanya dia menyanyi ke tadi. Dia tak mengaku. Tapi aku yakin memang dia buat bising tadi(nyanyi). Aku suruh dia bangun dan nyanyi kuat-kuat. Dia malu. Aku bagi 2 pilihan kat dia, sama ada nak nyanyi atau nak jawab saolan aku kat white board di depan. Dia pilih nak jawab soalan. Jadi, selesai satu masalah…

Kelas 4T6 merupakan kelas yang aku pegang(aku jadi guru tingkatan kelas nih). Budak-budak nakal. Aku belum start mengajar lagi sebab sekarang diorang skg kena jawab diagnostic test.

Sebab kenakalan mereka, aku dah warning yang sape-sape tak dengar cakap aku, aku akan report kat guru disiplin, Cikgu Munir(yg mereka kenali sbg malaikat maut). Macam biasa, aku try hafal nama mereka.

Boleh aku kat depan diorang berjalan-jalan kat tempat kawan depa. Huh. Geram tol!.. Bila marah memang tak makan saman la. Kena pkai psikologi kot ngan budak2 ni.

Dok tengah diorang jawab test, aku dengar sorang pelajar menyanyi.. LAGI!!.. Menyanyi!!. Apsal suka nyanyi dalam kelas aku ni, tak faham aku!!...

Aku tanya dia, ‘saya suruh jawab test kan, apsal menyanyi??’ (Dia jawab apa ntah, dah lupa). Aku suruh dia nyanyi waktu tu gak.. Nak tahu apa berlaku?? Dia nyanyi betul-betul laa… Memang tak de rasa malu betul la budak ni. Aku tahu, dia nak uji aku la tuh.. takpe takpe…

Dia nyanyi lagu ni, dia ubah sket dari lagu asal…

“ Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu,
Tepuk adik pandai,
Emak upah susu,
Susu lemak manis, dia ubah jadi.............. cikgu sangat manis
Santan kelapa muda, dia ubah jadi........... saya sangat suka

Ada lagi dia reka lagu tu, aku dah tak ingat… Pastu aku suruh dia stop jer nyanyi….
Aku : Dalam kelas ni ada satu ‘radio buruk’, so, lepas ni sape-sape yang nak dengar lagu lagi, kita boleh suruh ‘radio buruk’ tu nyanyi lagi…

Tugasku sebagai guru tingkatan masih baru bagiku.. tetiba ada parent nak jumpa sebab nak check kedatangan anak dia. Nasibla aku kenal juga anak dia tuh, dapatla beri sedikit komen.. huh…

Kesimpulannya, berbeza betul pelajar lelaki n perempuan ni. Kalau pelajar perempuan kat sini jadi tenggelam dek ramainya pelajar lelaki. Sejujurnya, aku lebih mudah ingat nama pelajar lelaki memandangkan mereka kelihatan lebih menonjol.

2 comments:

teratakdamai said...

sedih pun ada, geram pun ada, seronok pun ada, nak gelak pun ada...

sabor je laaa..
tu kan cabaran namanye...
kalau tak mencabar, tak syok plak...cabaranlah membuatkan hidup kita sangat bermakna...cuba cikgu i bayangkan kalau satu hari very plain, tak dak apa-apa perkara mencabar, maka tentunya suram...

tapi, hebat juga cara awak tangani ia...

seronok dng lirik lagu tepuk amai-amai tu ye...kalau cikgu nyani lagi seronok punyer...!!

cayalah cikgu i...
ahaks..

teratakdamai said...

Komen tentang gaya penulisan:

Tulisan ini berjaya membawa pembaca berada dan hadir bersama-sama penulis sewaktu sesuatu peristiwa/kejadian tersebut berlaku seperti dalam penceritaan.

Ayat yang digunakan ialah ayat jenis penceritaan yang jarang dapat disampaikan dengan baik sepertimana gaya percakapan. Maknanya, gaya penulisan ini berjaya memberi gambaran terus seperti mendengar dari pencerita.

Awak ada amik tuisyen menulis kat mana2 kot?!!hehe..